Chicken & Mushroom in Spicy Brown Sauce
baru siap dimasak...masih dalam periuk |
Served with white rice |
Kali pertama ni saya nak share recipe masakan saya dengan kawan2...
Bahan-bahannya:
1 1/2 keping dada ayam potong ikut suka (bite size lagi bagus)
1 tin button mushroom (dibelah dua, dihiris2 kasar)
1 labu bawang besar potong bujur
3 hirisan halia dicincang
2 biji bawang putih dicincang
1 sudu makan cili boh (lebih kalau mahu pedas)
1 sudu makan tomato dalam tin (didadu)
2 sudu teh serbuk brown sauce
1 sudu makan oyster sauce
1 sudu teh sweet paprika (takde pun takpe)
1 sudu teh brown sugar (white sugar pun boleh)
1/2 kiub ayam (kalau ayam fresh, tak perlukan kiub tapi kalau nak letak juga pun boleh)
1 sudu teh daun ketumbar dihiris halus
3/4 - 1 cawan air (ikut keperluan)
Sedikit garam
Cara memasak:
1. Tumiskan cendawan yang telah dihiris untuk menghilangkan bau tin. Setelah itu masukkan cili boh dan tumis hingga terbit minyak, masukkan bawang putih dan halia, kemudian tomato dalam tin yang telah didadu.
2. Masukkan ayam dan bahan2 lain seperti oyster sauce, serbuk brown sauce, sweet paprika, brown sugar, kiub ayam dan gaul2kan sebentar dan masukkan air sedikit demi sedikit, terpulang nak pekat atau cair sedikit. Garam tak perlu diletak kerana brown sauce dan oyster sudah cukup masin, tetapi jika rasa kurang masin bolehlah ditambah.
3. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, kacau2 sehingga mendidih dan taburkan daun ketumbar, gaul2 sedikit lagi. Siap untuk dihidangkan.
Try this, it's really a quick-cooking dish and lean meal. I put the onion last to preserve its crunchiness.
No comments:
Post a Comment