Kasturi Baked Wings
Ayam yg diperap dalam ziplock plastic bag |
Sedang dibakar... |
Setelah siap dibakar, dipping sauce di dalam cawan |
A sharper photo of the chicken wings |
Bahan-bahan A
(untuk dikisar)
10 keping kepak ayam
3 ulas bawang merah (yg besar2)
2 2 ulas bawang putih (yg besar2 juga)
1/2 inci halia
* boleh tambah potongan cili padi merah jika suka sangat pedas
Bahan2 B
1 sudu makan melted butter
1 cawan sos cili padi AgroMas
2 sudu makan lemon juice (lebih kalau suka masam)
1/2 sudu teh brown sugar (tak letak pun tak mengapa sebab sos cili AgroMas sudah agak manis)
1/2 sudu teh karam kasar (ikut citarasa sendiri)
Bahan2 C
Baking tray
Aluminium sheet
Sedikit minyak untuk menyapu aluminium sheet (jangan guna butter sebab senang hangus)
Cara memasak
1. Bersihkan chicken wings dan keringkan dengan paper towel.
2. Campurkan bahan2 A & bahan2 B di dalam ziplock plastic bag dan gaul2kan kepak ayam di dalamnya (sila kempiskan bag dan zipkan sebelum menggaul2). Kalau takde ziplock, marinate saja dengan tgn dan masukkan ke dalam mana2 bekas yang ada. Kemudian biarkan di dalam peti ais sekurang2nya 1 jam.
3. Setelah diperap di dalam peti ais selama sekurang2nya 1 jam, panaskan oven ke 220 Celcius selama lebih kurang 10 minit (letak la timer dalam 70 minit). Sementara itu lapiskan baking tray dengan aluminium sheet, dan sapu rata sedikit sahaja minyak supaya ayam tidak melekat, kemudian susunkan ayam di dalam tray, bahagian yang banyak kulit di sebelah bawah dan tidak bersentuh antara satu sama lain.
4. Total baking time adalah 60 minit, selepas 15 minit pertama, sapukan baki marinate sauce tadi ke atas ayam. Selepas 30 minit, terbalikkan ayam dan sapu marinate sauce di atas ayam. Pada minit ke 45 naikkan suhu oven kepada 250 Celcius untuk menggaringkan kulit ayam dan biarkan sehingga timer oven anda berbunyi. Jika suka lebih garing, tambah dalam 10 minit lagi tetapi hati2 jangan sampai hangus pula.
5. Untuk dipping sauce nya pula, cairkan 1-2 sudu makan butter dalam sauce pan, kemudian tumiskan baki bahan marinate tadi. Jika sauce tersebut kurang, anda boleh tambah sos AgroMas, garam dan lemon juice, tetapi lemon juice hendaklah ditambah sebelum anda tutup api dapur sebab kalau lama sangat nanti lemon juice akan menjadi pahit. Biarkan dipping sauce anda pekat dengan mengecilkan api. Bila sudah pekat, baru perahkan lemon juice dan biar sebentar, tidak lebih 10 minit supaya tidak menjadi pahit.
* Nota tambahan:
Dipping sauce ini sesuai juga dijadikan sambal untuk nasi ayam. Silalah cuba. Saya tidak menggunakan cuka dalam recipe ini dan menggantikannya dengan lemon juice untuk rasa yang masam tapi tidak terlalu tajam.
nampak sedap bake wing nie liza..mesti dicuba nanti sebab yg dijual di pasar mlm tu terlbh red colouring dia takut nak mkn..
ReplyDelete