Thursday, January 19, 2012

Daging Rendang Kasturi

I LOVE my mak's rendang daging.  She cooks her rendang using beef muscles and they taste REALLY good, but it takes hours to cook.  However, I wouldn't eat too much of her rendang as it contains so much santan to make it tender and yummylicious. Today I made my own version of rendang, and I'd like to call it "Rendang Kasturi" and it's cooked without santan, so it's a meal with LESS fat. When it's cooked it turned out to be quite delicious, with a little less fatty taste in it.  So here is the recipe...

Daging Rendang Kasturi




Bahan-bahan
Daging untuk 3-4 orang makan, dihiris tebal (kalau nak cepat masak, guna daging batang pinang)
2     senduk saiz sederhana penuh dengan cili boh (please refer to my recipe) atau lebih jika suka pedas
4-5 sudu makan serbuk ketumbar
2     sudu makan sos tomato
1     sudu makan brown sugar
1/2  tin diced tomato in a can
2     batang serai diketuk
2-3 helai daun limau purut
sedikit garam

Cara memasak
1.     Panaskan minyak di dalam kuali, tumis cili boh sehingga terbit minyak, masukkan diced tomato dari tin, tumis sedikit lagi, masukkan serbuk ketumbar,  sos tomato, dan serai. Kacau2 sedikit dan masukkan daging.  Masukkan sedikit air, dan bila telah mendidih masukkan sedikit garam (jgn terlalu banyak sebab nanti terlalu masin bila kuahnya kering) dan brown sugar.

2.     Tambah air jika perlu dari masa ke masa sehingga daging empuk. Setelah daging empuk, biarkan kuahnya kering sedikit. Siat2 daun limau purut dan masukkan ke dalam rendang, kecilkan api dan tutup api selepas 10 minit. Daun limau tersebut hendaklah dimasukkan akhir sekali supaya tidak terlalu lecuh dan pahit rasanya.

3.     Hidangkan dengan nasi putih atau nasi impit atau dengan roti.

Resipi ini tidak menggunakan santan untuk mengurangkan kadar kolesterol yang biasa terkandung di dalam lauk rendang yang biasa dimasak.

No comments:

Post a Comment