Wednesday, January 18, 2012

Nasi Goreng Lekas ala Cina

Hari ini saya keluar mengukur lantai Mydin USJ 1...bukannya ada banyak sangat barang nak dibeli, but being me...kalau pergi hypermarket, takkan pernah keluar dengan tangan kosong.  Malah silap2, penuh dua tangan ni dengan beg2 plastik berisi barang2 dapur.  Itulah yang terjadi pada hari ini di Mydin, saya keluar dari hypermarket tu dengan barang2 dapur penuh satu recycle bag besar saya. Dalam hati ni berkata, tak mengapa... I'd be using the stuff any how. Dengan happy nya  pulang ke apartment tapi boleh singgah pulak di Giant untuk membayar bill. Hati melonjak kerana rupanya bill cell phone sudah terlebih bayar maka tak perlu bayar apa2 bulan ini.  Kaki ni singgah juga ke dalam Giant Hypermarket tu...beli juga fried chicken dan satu large baguette.

Bila sudah sampai di apartment, saya terfikir pula, kenapa beli fried chicken tadi ya? Sambil menyimpan barang2 yang dibeli tadi, saya tinjau2 apa bahan2 yang ada untuk dikosongkan dari peti ais.  Nasi putih semalam pun ada banyak lagi...ayam yang saya masak dengan brown sauce semalam pun ada lagi baki sedikit. Mixed vegetables ada sedikit lagi dalam freezer.  Time untuk merekacipta quick recipe lagi...


Nasi Goreng Lekas Ala Cina



Bahan-bahan
2     mangkuk nasi putih (untuk 2 orang makan)
3     ulas bawang merah dihiris
2     ulas bawang putih dihiris
1     ketul ayam goreng yang disiat2 kasar dan dipotong kecil2
1/2  mangkuk nasi mixed vegetables (lebih kalau suka)
2     sudu makan oyster sauce
1     sudu makan minyak bijan
3     tangkai cili padi merah
sedikit garam jika perlu
sedikit minyak untuk menggoreng
baki lauk ayam masak brown sauce yang saya ada, kalau tiada, ayam goreng shj pun boleh

Cara memasak
1.     Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dahulu, kemudian bawang putih dan kacau2 sehingga naik baunya.  Kemudian masukkan mixed vegetables, ayam goreng yang disiat dan dipotong kecil tadi, baki lauk yg berasaskan brown sauce tadi (hanya kalau ada, kalau ada lain2 lauk lebihan yang tak pedas, masukkan sahaja) kemudian masukkan oyster sauce dan sedikit garam. Kacau2 sehingga garam sudah sebati dengan semua bahan2 yang dimasukkan.

2.     Masukkan nasi putih, kacau2 hingga nasi dan bahan2 lain sudah digaul mesra, masukkan minyak bijan dan hirisan cili padi merah tadi, nasi dibalik2kan lagi sehingga semuanya mesra. Sudah siap nasi goreng kita!

3.     Boleh dihias dengan daun parsley yang dihiris halus, timun, atau apa saja yang anda suka.

Inilah nasi goreng paling senang sekali nak dibuat, dengan bahan yang paling sedikit dan agak murah. Rasanya boleh tahan sedap...kalau tak percaya cubalah, kalau tak percaya juga, mari saya gorengkan untuk anda :-)

No comments:

Post a Comment