Monday, February 20, 2012

Minute Things I Learned from My Mother

Being the eldest and the only daughter, household chores are nothing unfamiliar for me.  Over the years, I learned so many things from dearest mom.  They are things you acquire being the right hand to my mom for some decades. I just wanna share 'em with you...yang mana boleh diguna-pakai, sila2 lah mencubanya.

1.  Setelah bangun pagi, terus pergi mandi dan berus gigi supaya badan segar dan muka pun nampak berseri2 (tak lah nampak sangat mmg baru bangun tido)
2.  Setiap kali selepas memasak, mandi lagi supaya hilang bau2 masakan yang melekat kat baju, badan, rambut.
3.  Bila rasa badan kotor jer, mandi lagi.
4.  Sebelum solat, supaya badan kita bersih...mandi. 
5.  Kalau mencuci pinggan mangkuk, cuci gelas2/cawan2 dulu, kemudian sudu garpu; kerana gelas/cawan dan sudu garpu tak begitu berminyak...jadi items tersebut mudah dicuci kalau tak bercampur dengan pinggan/mangkuk lauk yang selalunya mesti berminyak2. Selepas mencuci 2 items yang disebut tadi, barulah cuci pinggan2 dan mangkuk2 lauk.
6.  Susun peralatan yang dicuci tadi tu mengikut size, she calls that "space management".
7.  Apabila mahu mencedokl lauk dari mangkuk lauk, gunakanlah tangan kiri untuk memegang sudu lauk tu. Alasannya, supaya sudu lauk tu tak kotor (kan kotor kalau pegang ngan tangan kanan yg digunakan untuk menyuap makanan ke dalam mulut-kalau makan ngan tangan lah). Kalau sudu lauk tu dah kotor, orang lain yang duduk makan semeja dengan kita pun geli nak pegang sudu lauk tu.  Logic gak kan?
8.  Kalau memasak, memasaklah dengan ikhlas...supaya orang makan pun rasa sedap,
9.  Kalau kemas katil, biar betul2 kemas dan sedap mata memandang dan tak landing atas katil sehingga tiba waktu malam....Kalau tak, asyik nak baring jer.
10. Kalau nak tido, berus gigi supaya bila bangun tido esok paginya, mulut takde la berbau busuk.

Sepuluh perkara ni saja yang terfikir oleh ku buat masa ini, yang lain2 I will share with you all in the next change. 


No comments:

Post a Comment