Bulan Ramadhan 2009, bila mana kami sekeluarga berkumpul di rumah mak & ayah untuk berbuka puasa bersama, adik saya dan isterinya pergi ke bazar Ramadhan Kelana Jaya untuk membeli kuih muih sebagai tambahan kepada juadah berbuka puasa yang ada di rumah. Sebaik sahaja masuk waktu berbuka puasa, kami pun makan kuih cara berlauk itu...sungguh mengecewakan! Bukan kerana tak sedap... tapi kerana ianya sudah BASI! Berniaga gi bazar Ramadhan untuk menambah pendapatan, tetapi menjual kuih2 yang sudah basi? Geram pun rasa di hati ni. Maka ke longkang la perginya kuih cara berlauk yang dibeli tu.
Saya rasa sangat tidak berpuas hati, jadi keesokan harinya saya cuba buat sendiri kuih cara berlauk tu. Pada ketika itu, saya mmg tak pernah buat kuih tu, tapi oleh kerana geram dengan orang yang menjual kuih cara berlauknya yang basi tu, saya nekad nak buat juga. Oleh kerana takde acuan kuih cara, saya guna muffin tin. Uihhh... besar2 lag jadinya kuih cara berlauk saya tu. Masih saya ingat lagi, adik ipar tolong saya buat tapi waktu itu menggunakan oven untuk membakarnya. Kuih yang dibuat tu menjadi...saya berkata dalam hati, maknanya saya boleh buat kuih ni sebenarnya. Selepas dari hari itu saya berusaha pergi mencari dan membeli acuan kuih cara yang betul.
Sekarang saya sudah pandai buat kuih cara berlauk. Ahli keluarga dan kawan2 suka memakannya. Oleh kerana kuih tu menjadi setiap kali saya buat, maka saya berani mengatakan recipe yang saya gunakan adalah tepat...melainkan air tangan anda kurang sedap dan hati anda tidak ikhlas waktu membuatnya :-)
Jadi hari ini saya kongsi recipe kuih cara berlauk saya dengan pembaca semua.
Kuih Cara Berlauk
Satu lagi gambar kuih cara berlauk yang saya buat |
Bahan-bahan
2 cawan tepung
1 cawan santan
2 1/2 cawan air
2 biji telur
1 sudu teh garam (atau ikut rasa sendiri)
Inti kuih cara yang telah disediakan sehari lebih awal
Sedikit pewarna kuning jika mahu
Minyak sapi
Cara membuat
1. Bancuh kesemua bahan di dalam blender, tepung hendaklah dicampur sedikit demi sedikit untuk mengelakkan dari berketul.
2. Panaskan acuan kuih cara di atas dapur gas, setelah agak panas sapukan minyak sapi dan tuangkan bancuhan kuih ke dalam acuan2, jangan terlalu penuh nanti melimpah bila inti diletak.
3. Apabila bahagian tepi kuih sudah mula mengeras, letakkan inti (dalam lebih kurang setengah sudu teh) di tengah2. Hati2 bila meletak inti di tengah supaya tidak melimpahi acuan. Proses ini perlu dilakukan dengan pantas supaya kuih tidak masak sepenuhnya sebelum inti habis diletak di kesemua acuan. Setelah inti diletakkan, tutup acuan tetapi biar renggang sedikit sehingga kuih masak.
4. Apabila kuih boleh dikeluarkan dengan mudah, maknanya ia sudah masak. Ulangi proses 1, 2 dan 3 sehingga bancuhan habis.
Untuk memudahkan menuang bancuhan ke dalam acuan, gunakan jug kecil. It makes your work easier. Bagi yang tidak pernah membuat kuih ini, mungkin kuih anda tidak berapa kemas/cantik jadinya, tetapi jangan putus asa, terus mencuba, practise makes perfect! Selamat mencuba. :-)
No comments:
Post a Comment