Monday, February 13, 2012

Carrot Celery Soup

Bulan lepas, saya kena sakit tekak yang kronik. Sangat teruk, sehingga nak telan air liur pun sakit...apatah lagi makan atau minum.  Saya teringat di antara makanan yang saya masak sendiri sewaktu sakit (ya, sakit2 pun masak gak untuk diri sendiri...siapa lagi nak buat kalau bukan diri sendiri). Ni makanan untuk orang sakit akan tetapi ianya makanan sihat. Saya kongsi resipinya di sini. Malangnya gambar hanya ada satu dan tak berapa cantik...almaklumlah waktu itu sedang sakit...ala kadar je.


Carrot Celery Soup



Bahan-bahan
1     batang carrot
2     batang celery
1/2  isi ayam bahagian dada
1     bawang besar
2     biji bawang putih
2-3 hiris halia

sedikit garam
sedikit black pepper
sedikit oregano/thyme (kalau takde pun takpe)

Tambahan: 1 sudu makan plain yoghurt untuk hiasan (tidak dimasak bersama bahan2 lain)

Cara memasak
1.     Potong2 carrot, celery, bawang besar dan isi ayam; masukkan kesemua bahan2 lain ke dalam periuk,
tuang air cukup sekadar menutupi bahan2 dalam periuk (atau kurang sedikit jika mahu pekat) dan rebus sehingga agak empuk. Sewaktu merebus, letakkan garam, black pepper dan oregano/thyme.

2.     Sendukkan bahan2 yang direbus tadi ke dalam blender, dan kisar sehingga hancur.  Kemudian masukkan kembali ke dalam periuk tadi dan kacau2 bersama baki air rebusan. Kacau2 sedikit sehingga mendidih dan sup anda pekat sedikit.

3.     Sendukkan ke dalam mangkuk, letak satu sudu makan plain yoghurt dan hiaslah dengan daun apa2 yang anda nak pun... saya letak daun ketumbar, jadi ada la sedikit rasa daun ketumbar dan ia menambah sedap sup tadi.  Aaa....apa lagi?  Sup dah siap!  Silalah makan.  Ini makanan sihat tau. Tak percaya cuba tengok bahan2 yang saya gunakan dan cara memasaknya. :-)

No comments:

Post a Comment