Monday, February 13, 2012

Home Made Doughnuts

Haaaa...sudah sekian lama nak buat doughnut ikut recipe yang tertera di blog makcik saya, Cik Zalekha Ismail.  Dari seminggu ke bulan hinggalah dah masuk tahun baru.  Hari ini saya ingat tak nak memasak atau membuat kuih atau berada di dapur tetapi kerana dilanda kebosanan yang teramat sangat, kaki ni melangkah juga masuk ke dapur dengan niat nak mencuba buat doughnut yang berasaskan yeast.  Saya teringatkan recipe yang ada di blog makcik saya itu, tetapi saya ubah sedikit recipe tersebut.  Hasilnya alhamdulillah, sedap dan lembut dan mana yang saya goreng tu habis dibedal dek adik saya yang sememangnya tukang makan masakan2 saya di rumah ini.

So, tanpa meleceh2 lagi, saya nak share recipe doughnut ini yang asalnya datang dari makcik saya.


Sapphire Doughnuts

Front: plain doughnuts,  Back: tuna & chocolate fillings
Front: tuna          Back: chocolate


Bahan-bahan A

2 sudu makan   yis segera
1 sudu teh gula putih halus
3 sudu makan   susu cair
air suam dicampur dengan 3 sudu makan untuk mencukupkan sukatan 1/2 cawan


Bahan-bahan B
450 gram          tepung, diayak
50   gram          tepung roti (kalau takde guna 500 gram tepung biasa saja)
4 sudu makan   brown sugar
4 sudu makan   butter yang dicairkan
1 cawan           air suam
secubit             garam

Bahan-bahan C
Icing sugar
Serbuk kayu manis

*Kedua-dua bahan digaul rata


Cara membuat
1.     Semua bahan2 kering di bawah label Bahan A digaul rata di dalam mangkuk, kemudian susu cair + air yang kedua2nya suam dituang ke dalam mangkuk dan biarkan sebentar sehingga campuran mula naik kembang.

2.     Sementara menunggu bahan A kembang di dalam mangkuk, sediakan bahan2 B. Tepung dicampur dengan garam dan brown sugar, digaul rata. Buatkan lubang di tengah2 tepung dan masukkan butter yang telah dicairkan. Tuangkan bahan A yang telah kembang, uli perlahan2 dan masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli lah sehingga dough terbentuk di mana ianya tidak melekat lagi di tepi mangkuk uli dan tidak melekat lagi di jari2 anda.  Kalau melekat2 lagi, tambah sedikit lagi butter yang telah dicairkan tadi dalam setengah sudu makan dan tabur sedikit tepung bagi memudahkan dough itu lekang dari jari2 anda.

3.     Setelah habis menguli adunan, biarkan selama setengah jam ke 45 minit, tutup dengan tuala.  Adunan akan naik menjadi sekali ganda dari asal.

4.     Selepas 30-45 minit, anda sudah boleh membentuk doughnut anda menggunakan doughnut cutter atau potong saja mengikut bentuk yang ada suka.  Jika mahu meletak inti, lebarkan adunan supaya inti boleh diletakkan di tengah dan ditutup dengan dough tersebut.  Lakukan hingga habis dough.

5.     Panaskan kuali dan letak minyak secukupnya, dan pada api sederhana kecil, gorengkan doughnut yang telah dibentuk.  Sebaik diangkat, golekkan di atas bahan C; campuran icing sugar dan serbuk kayu manis, bagi plain doughnut dan yang berinti manis.  Mana yang berinti pedas, jangan la pulak digolek atas gula icing tu ya!

Penggunaan brown sugar dan icing sugar dalam penyediaan doughnut ini akan mengurangkan penggunaan gula yang terlalu banyak yang akan menyebabkan doughnut anda manisssss sesangat2.  Recipe yang saya kongsi ini menghasilkan doughnut yang tidak terlalu manis, jadi kalau anda nak letak inti pedas2 pun boleh gunakan adunan ini.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment