Cara membuatnya adalah sangat mudah dan saya buat dalam masa yang tidak terlalu lama, sebab saya tak suka bawang tu jadi terlalu gelap warnanya, tetapi jika anda suka boleh goreng dengan lebih lama supaya warnanya agak gelap dan rasanya lebih sedap.
Caramelized Onion
Bahan-bahan
Bawang besar sebanyakyang anda mahu
* saya gunakan 4 bawang besar merah dan 1 kuning.
Garam
Brown sugar (lebih kurang 1 sudu teh...saya pernah cuba dengan 1 sudu makan...masih tidak terlalu manis)
Sapphire Sauce
Black pepper
Sedikit stock ayam (kalau takde pun tak mengapa)
Cara membuatnya
1. Bawang dibelah dua, kemudian dihiris kasar2 secara membujur
2. Panaskan frying pan dan letak minyak (saya kurangkan minyaknya). Bila cukup panas masukkan saja bawang yang dihiris tadi. Api biar sederhana sahaja sebab kita nakkan gula asli dari bawang besar itu keluar dan menggelapkan warna bawang tadi.
3. Masukkan garam, brown sugar, black pepper. Kacau dari masa ke semasa sehingga bawang semakin gelap warnanya, tapi jangan pula sampai hangus ya.
4. Masukkan sedikit stok ayam dan Sapphire Sauce secukupnya dan rasa. Kalau ada yang kurang boleh lah ditambah. Jangan masukkan terlalu banyak stok ayam kerana kita bukan nak buat sup bawang.
5. Bila warnanya sudah cukup gelap, boleh matikan api dan sejukkan. Saya tak suka bawang terlalu gelap jadi saya masak tak lama. Asalkan bawang sudah layur, saya rasa sudah mencukupi sebab saya suka ianya ada rasa rangup2 sedikit. Terpulang pada citararasa masing2 samada nak betul2 manisnya keluar dan warnanya gelap atau seperti yang saya suka.
Boleh disimpan di dalam peti ais dan digunakan bila perlu. Saya paling suka makan dengan sandwich dan burger.
No comments:
Post a Comment