Thursday, March 1, 2012

Home Made Chapati

Tekak saya dari semalam teringin sangat nak makan chapati...tapi bukan yang dibeli di restoran mamak atau yang instant di hypermarket.  Pulang dari gym saya singgah di Speedmart untuk membeli tepung atta sebab nak buat chapati sendiri.  Malam tadi dah pasang angan2, pagi ini nak makan chapati cicah lauk asam pedas yang saya masak semalam.

Saya sedang dalam diet yang rendah kalori, jadi saya tahu mmg chapati lebih rendah kalori dan dari nasi dan sangat mengenyangkan.  Doctor peribadi saya pun kata chapati lebih bagus dari nasi untuk diet yang low-carb dan low-calories. Saya copy & paste kan nutrition fact dalam sekeping chapati untuk anda lihat:



Nutrition Facts
Serving Size 1 piece (40g)
Amount Per Serving
Calories from Fat 30
Calories 120
% Daily Values*
Total Fat 3g5%
Saturated Fat 2g10%
Trans Fat 0g
Cholesterol 0mg0%
Sodium 70mg3%
Total Carbohydrate 19g6%
Dietary Fiber 0g0%
Sugars 1g
Protein 3g
Vitamin A -Vitamin C -
Calcium 1%Iron 2%
*Percent Daily Values are based on a 2000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.



BERBANDING nasi yang biasa kita makan:


Nutrition Facts
Serving Size 1 cup
Amount Per Serving
Calories from Fat 3
Calories 242
% Daily Values*
Total Fat 0.35g1%
Saturated Fat 0.095g0%
Polyunsaturated Fat 0.093g
Monounsaturated Fat 0.108g
Cholesterol 0mg0%
Sodium 0mg0%
Potassium 48mg
Total Carbohydrate 53.44g18%
Dietary Fiber -
Sugars -
Protein 4.39g
Vitamin A 0%Vitamin C 0%
Calcium 0%Iron 15%
*Percent Daily Values are based on a 2000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.

Nutrition Values are based on USDA Nutrient Database SR18






Pagi ini mood saya pun agak bagus, hati pun sudah melonjak nak buat chapati sendiri.  Saya nak share recipe nya dengan kawan2. Recipe ini sesuai untuk makan 2 orang, sebab bole dapat 4 keping. Ianya sangat mudah untuk disediakan, cuma perlu luangkan masa untuk simpan dough sekurang2nya setengah jam sebelum dicanai.


Home made chapati


Chapati saya agak bulat!  Yeay!!


My breakfast for today - chapati cicah kuah asam pedas
dan kopi habbatus sauda



Bahan-bahan
1     cup tepung atta
1/2  tsp garam
1/3  cup air suam (mungkin 1-2 sudu makan lebih bila diuli nanti
1     tbsp minyak masak
Sedikit miyak ghee


Cara membuat
1.     Gaulkan tepung atta dan garam, masukkan minyak masak dan air serta uli. Untuk meleraikan dari jari2, mungkin perlukan satu sudu makan tepung atta lagi. Jika adunan agak keras tambahkan satu atau dua sudu makan air.

2.     Setelah diuli, tutup dengan tuala dan biarkan dough untuk sekurang2nya setengah jam.

3.     Setelah setengah jam, bahagikan dough kepada 4 bahagian, bulat2kan, celupkan ke dalam tepung atta untuk mengelakkan dari melekat bila dicanai. Canaikan bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam frying pan yang panas (api jangan terlalu besar). Terbalikkan bila bahagian bawah sudah masak. Chapati tidak mengambil masa yang lama untuk masak. Terus masak setiap satu keping yang telah dicanai, kalau dibiar lama atas papan penggolek, akan melekat, sebab adunan ini sangat lembut.

4.     Bila kedua-dua belah sudah masak, sapukan sedikit minyak ghee untuk mengekalkan kelembutan chapati anda.  Sapukan ghee sebaik diangkat supaya terus serap ke dalamnya dan jangan terlalu banyak pula.

Bagi sesiapa yang rajin nak buat chapati sendiri, silalah mencuba recipe saya ini. Sangat mudah nak dibuat tetapi selalunya bagi orang yang tak biasa membuat, ia takkan bulat. Keep practising :-)  Atau shortcutnya, bila dah canai, guna tutup periuk sebagai acuan berbentuk bulat...tapi itu method mengelat la kan?

No comments:

Post a Comment