Ini dah masuk entry ke 3 saya buat hari ni, mata dah letih, jadi saya copy paste jer dari blog makcik saya ke sini... with a little modification I made here and there.
Sambal Berlada Minang
Bahan-bahan:
20 batang cili merah hidup
2 biji bawang besar - dihiris membujur, kasar2
2 biji tomato segar - dibuang bijinya dan didadu
1/2 kiub ikan bilis Knorr
garam secukup rasa
brown sugar secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Lada dibasuh, dipotong kecil dan blender dengan air dalam 3/4 cawan blender agak kasar kemudian di tapis, air lada di buang sebab gunakan lada sahaja.
2. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang yang dihiris atau di dadu hingga layu dan berbau harum, tak perlu sampai perang atau garing, masukkan lada yang ditapis tadi, balik2kan hingga agak garing lada ini dan naik minyak. Apinya biar kecil sahaja.
3. Masukkan gula, dan garam, kiub ikan bilis diikuti dengan buah tomato yang didadu. Balik2 kan sehingga sambal mesra dan sebati, kemudian padamkan api.
No comments:
Post a Comment