Oleh kerana saya tinggal berdua sahaja dengan adik saya di apartment, maka saya jarang menggunakan periuk nasi elektrik melainkan nak masak nasi banyak2. Jadi hari ini saya nak kongsi cara memasak nasi secara manual. Saya masih menggunakan dual gas stove di apartment saya walau pun sekarang ni sudah ada dapur induction, dapur elektrik dan entah apa lagi lah jenis dapur2 yang moden ni.
So, let's check out the recipe for the quick version chicken rice.
Quick Version Chicken Rice
Nasi ayam yang telah masak dan digaul supaya gebu |
Bahan-bahan:
2 pot beras
2 pot air
1 biji garlic
1 sudu makan butter
1 sudu makan minyak masak
1 kiub ayam Knorr
sedikit garam jika perlu
Cara memasak:
1. Cuci beras dengan bersih dan toskan
2. Panaskan periuk dengan api sederhana dan masukkan butter dan minyak serta garlic yang diketuk sedikit
3. Masukkan beras yang telah ditoskan tadi dan dikacau sedikit
4. Masukkan air dan kiub ayam Knorr dan tambah garam jika perlu.
5. Biarkan air nasi agak kering, kemudian kecilkan api dan tutup periuk, dan hempapkan tutup periuk dengan lesung batu.
6. Wap air akan keluar dari celah tutup periuk, biarkan selama 3-4 minit kemudian tutup api.
7. Biarkan selama 15-20 minit, baru kacau nasi yang telah masak supaya ianya gebu dan lerai.
Memasak nasi cara begini lebih cepat siap dari menggunakan periuk nasi elektrik terutama jika memasak untuk kuantiti yang sedikit. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment