Monday, March 19, 2012

Shepherd's Pie

Ini entry yang sepatutnya saya post 2 Ahad lepas, tetapi kerana tidak berkesempatan saya tertangguh sehinggalah ke hari ini. Shepherd's pie ni senang saja untuk dibuat, intinya terpulang kepada kita utk mempelbagaikannya.  Oleh kerana kita ni orang Melayu, jadi saya telah meMelayukan Shepherd's yang saya buat ini. Tak perlulah saya type panjang berjela2 lagi tentang juadah ini, saya kongsi dahulu resipinya.  Walau bagaimanapun oleh kerana saya nak cepat siapkan, saya kurang ingat sukatan bahan2, jadi lebih kurang saja lah nampaknya...tidaklah begitu sukar, anda boleh tambah atau kurangkan sendiri bahan2 yang perlu disediakan untuk membuatnya. Pie ini terhasil dengan 2 lapisan; inti daging di bahagian bawah, dan mashed potato di bahagian atasnya.


Shepherd's Pie








A.   Inti Daging

Ramuan2 nya

1     packet daging kisar (selalunya 40gm setiap pack)
1     sudu teh mixed herbs atau oregano
1     batang carrot dipotong2 halus sepanjang lebih kurang 2 cm
1     tin cendawan butang, dibelah 2 kemudian dihiris membujur
1     senduk kecil cili boh, atau lebih kalau suka pedas
2     senduk kecil tomato paste
1     senduk kecil tomato sos

1     labu bawang besar, dipotong dadu
2     helai daun salam (bay leaf)

sedikit garam
sedikit brown sugar

2     biji bawang putih   -       kedua bahan ini ditumbuk halus
1/2  inci halia                -


Cara memasak:

1.     Daging dibilas sedikit dengan air dan ditos, kemudian digoreng tanpa minyak di dalam kuali tanpa minyak. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus, mixed herbs atau oregano yang diramas2 dan garam. Goreng sehingga airnya kering. Setelah kering, angkat daging dan ketepikan.

2.     Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumis cili boh sehingga terbit minyak, kemudian masukkan cendawan yang dihiris, dibalik2 seketika, masukkan tomato paste dibalik2kan dan masukkan hirisan carrot. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng kering tadi dan masukkan tomato sos serta daun salam.  Tambah garam dan gula, dan jangan lupa rasa dahulu. Biarkan sos daging kering sedikit. Biarkan sejuk.


B.     Mashed potato

Ramuan2 nya

7-8   biji ubi kentang sederhana besar, dipotong sederhana besar & sama saiz supaya masak rata
1/2   tin susu cair
1/3   buku butter (boleh tambah atau kurangkan ikut selera masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam kasar
sedikit serbuk paprika (takde pun takpe)


Cara memasak:

1.     Stimkan kentang sehingga empuk.

2.     Kentang dilecek bersama butter dan susu cair. Taburkan garam dan rasa. Tambahkan jika perlu.

3.     Letakkan serbuk lada hitam kasar. Jika kentang terlalu pekat, tambahkan susu cair sedikit.


Cara menyediakan Shepherd's Pie:

1.     Panaskan oven pada suhu 180 C.

2.     Sapukan bekas yang nak digunakan untuk membakar dengan sedikit butter. Ratakan inti daging di dalam bekas, kemudian ratakan pula mashed potato dia atasnya. Taburkan sedikit serbuk paprika di atasnya (tak letak pun takpe)

3.     Bakar di dalam oven selama setengah jam. Sejukkan sebelum makan.


*Nota:

Shepherd's Pie ini lebih sedap jika disimpan sehari sebelum makan.

No comments:

Post a Comment