Wednesday, March 21, 2012

Curried Butter Prawn

Hari ni rasa malas je nak masak, lagi pun pagi tadi dah buat "Breadcrumbed French Toast" untuk breakfast.  Cuaca yang sangat panas ni membuat saya rasa dehydrated dan lemah. Namun kerana nak menyediakan juga juadah makan malam untuk adik tersayang, Bill; saya gagahkan juga diri ini untuk ke dapur.Nasib baik jugalah pagi tadi saya telah keluarkan udang dan cili boh dari freezer. Tinggal masak saja.  Dari 2 jam lepas kepala ni asyik cuba memikir apa yang nak dimasak...something quick and with least hassle.  Tak juga dapat idea.  Akhirnya melangkah sajalah ke dapur dan mulakan dengan memotong bawang. Siap juga masakan campak2 saya ni, dan rasanya sedap juga.  Sepatutnya saya kongsikan dahulu resipi sarapan pagi tadi kan?... Tetapi kerana saya belum mencatit resipi udang ini, saya dahulukan supaya tidak terlupa bahan2 yang saya gunakan dan sukatannya.



Curried Butter Prawn






Bahan-bahannya (untuk 2 orang makan):
2     cawan udang hidup yang besar atau sederhana besar
3     biji bawang merah dicincang
2     biji bawang putih dicincang
3-4  keping hirisan halia
2     sudu makan butter
1     sudu makan minyak masak
1     sudu makan serbuk kari
1     sudu makan cili boh
1     tangkai daun kari
1/2  cawan air
1/3  cawan susu cair
3     sudu makan Sapphire Sauce
1     keping asam gelugur (jika suka masam)
sedikit garam


Cara memasak:

1.     Udang dibersihkan, saya lebih suka biarkan kulitnya sebab lebih manis rasanya nanti.

2.     Panaskan periuk, masukkan 1 sudu makan butter dan 1 sudu makan minyak masak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, setelah naik baunya masukkan daun kari.  Kemudian masukkan serbuk kari dan cili boh. Kacau2 sedikit.

3.     Masukkan udang, setengah cawan air dan sepertiga cawan susu cair. Letakkan garam, Sapphire sauce dan asam gelugur. Akhir sekali, masukkan 1 sudu makan butter ke dalam kuah. Apabila udang telah masak dan terbit minyak, matikan api. Lauk udang telah pun sedia untuk dihidangkan.



*Nota:

Udang tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dimasak. Saya rasa tidak lebih dari 10 minit untuk menyediakan masakan ini.

No comments:

Post a Comment