I LOVEEEEE sandwiches! Sangat2 suka, sebab bagi saya, sandwich adalah makanan yang paling mudah untuk disediakan. Ianya juga adalah antara kategori makanan yang tidak terlalu tinggi kandungan kalorinya, bergantung kepada roti yang digunakan, inti yang digunakan, juga sapuan yang digunakan. Saya tergerak untuk membuat koleksi sandwich di dalam blog saya ini. Dari masa ke semasa bila ada idea dan sudah dilaksanakan, saya akan kongsi bersama rakan2 semua.
Kenapa saya suka sandwich? Di antara sebab penting adalah kerana ia mudah untuk disediakan. Ada sandwich yang semudah menyapu butter pada roti dan taburkan gula di atasnya. Itulah di antara sandwich pertama yang mak saya ajar untuk buat sewaktu kecil dahulu, ketika sudah pandai mengorek isi peti ais dan kabinet dapur untuk menyediakan makanan mudah untuk diri sendiri. Jika anda berusia sekitar umur saya yang sudah hampir 42 pada tahun ini, saya yakin anda juga pernah makan sandwich roti disapu Planta atau butter dan ditabur gula. Sandwich apa lagi ya... peanut butter & jelly, sandwich telur rebus yang dilenyek dan dicampur mayonnaise dan black pepper...sekadar menamakan beberapa contoh sandwich yang dulu2 saya biasa makan. Tapi bila dah selalu sangat makan sandwich telur tu mula rasa muak, jadi saya mula jadi lebih creative dan mencipta inti sandwich yang lebih sedap dan dengan sedikit kelainan untuk mengisi selera saya.
Ada satu recipe yang telah saya kategorikan di bawah "Sandwiches" untuk anda cuba. Akan saya tambah recipe lain agar dapat anda nikmati sendiri tanpa perlu membeli di luar lagi. Anda juga akan dapat mengawal penggunaan bahan2 yang berkalori tinggi dengan sendiri, mengikut keperluan masing2.
No comments:
Post a Comment