Pagi tadi saya dah keluarkan chicken drummets dari freezer...jenuh memikir nak masak apa. Saya rasa malas nak menggoreng atau memasak di atas dapur gas, sebab saya baru saja menyidai kain baju yang ampaiannya terletak di bahagian dapur. Fikir punya fikir, tercetus pula idea untuk membakar. Jadi saya tak perlu menggunakan dapur gas saya. Selamat kain baju yang harum wangi tu dari bau2an masakan.
Hidangan ini pasangannya adalah
Chicken Rice yang telah saya post sebentar tadi. Selepas ini akan saya masukkan satu entry lagi sebagai pasangan hidangan ini, iaitu
Sambal Berlada Minang. Baked chicken ini tidak pedas jadi agak muak kalau dimakan begitu saja. Harap bersabar ya... nanti akan dapat anda lihat 3 recipe sekali gus.
Okay, saya tak nak buang masa, lagi pun saya mmg tak banyak masa nak type banyak2 ni. Jadi mari kita semak recipe untuk Baked Chicken Drummets & Roasted Vegetables. Mula2 kita sediakan marinate untuk chicken drummets dulu.
Chicken Rice & Baked Chicken Drummets
with Roasted Vegetables
Baked Chicken Drummets
|
Ayam & sayur yang telah siap dibakar |
|
Ayam yang sedang diperap |
Bahan-bahan:
10 ketul drummet ayam
1 sudu makan mayonnaise
2 sudu makan plain yoghurt
*1/2 cawan fresh milk
*1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh black pepper kasar
1/2 sudu teh paprika (kalau takde pun takpe)
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh garam halus
1/2 - 1 sudu teh brown sugar
* boleh guna salah satu kalau takde 2-2, tapi bagi cukup 1 cawan.
Cara memasak:
1. Campurkan kesemua bahan2 rempah menggunakan whisker. Kemudian perap ayam di dalam nya selama lebih kurang satu jam.
2. Sapukan butter di dalam baking dish dan letakkan ayam serta marinatenya sekali. Taburkan sedikit lagi black pepper dan chilli powder atau paprika di atasnya. Tutup dengan alumiminium foil dan bakar dalam oven yang dijadualkan untuk membakar selama 70 minit pada suhu 180-190 C.
3. Pada minit ke 30, terbalikkan ayam2 tersebut dan taburkan lagi black pepper, chilli powder serta paprika di atasnya, tutup semula dengan aluminium foil.
4. Bila tinggal 20 minit lagi untuk habis membakar, buka aluminium foil dan naikkan suhu oven kepada 200-210 C untuk mengeringkan kuah dalam baking dish.
5. Pada 10 minit terakhir membakar, masukkan roasted vegetable ke dalam baking dish dan biarkan di dalam oven hingga habis waktu membakar.
6. Setelah 70 minit, maka ayam telah masak sempurna dan boleh dihidangkan dengan nasi ayam quick version dan sambal berlada Minang.
Oooooppssss....hampir terlupa pula....recipe roasted vegetable saya belum kongsi lagi kan? Okay, saya cadangkan anda marinate dulu ayam, dan sementara itu boleh lah menyediakan roasted vegetables serta bakar di dalam oven. By the time sayur2 sudah siap dibakar, ayam pun dah cukup lama diperap dan sedia untuk dibakar.
Roasted Vegetables
|
Sayur2 yang telah siap dibakar |
Bahan-bahan:
1 batang carrot
2 batang celery
2 biji kentang saiz sederhana
2 biji bawang besar dihiris kasar secara membujur
3 biji bawang putih diketuk2
1 biji red capsicum dipotong dadu besar
Sedikit garam
Sedikit black pepper kasar
Sedikit minyak
Cara menyediakan:
1. Panaskan oven pada 180C dan preset ke 40 minit.
2. Carrot, celery & kentang dipotong "bite-size" supaya cepat masak. Sapukan minyak masak atas loyang pembakar, letakkan kesemua sayur2an ke dalamnya, ditabur dengan sedikit garam dan black pepper dan tuang sedikit lagi minyak serta gaul rata sayur2 tersebut.
3. Masukkan ke dalam oven dan bakar. Setelah 20 minit, balik2kan sayur dengan menggunakan sudip dan bakar lagi hingga 40 minit.
4. Bergantung pada oven masing2 dan citarasa masing, mungkin 30 minit cukup untuk roasting sayur2 tadi atau kalau tidak masak, boleh tambah lagi waktu membakar. Setelah masak, ketepikan sayur2 tersebut dan kalau sudah satu jam marinate ayam tadi, bolehlah sambung membakar ayam pula.
Sayur2 yang dibakar tadi rasanya sangat manis sekali (sedapppp!) dan bila dihidangkan bersama nasi ayam serta sambal berlada yang akan saya sertakan recipenya nanti, ianya sangat menyelerakan. Sila lah cuba ya!