Friday, December 21, 2012

Teh Tarik Hokkaido Cake

It has been a while I have been wondering apa ke benda laaa Hokkaido cake ni. Bila tengok kat kedai pun jual ke main la mahal. Apa yang mahal sangat? Guna serbuk emas ke hapa yang mahal bebenor? Saya pun dok la membelek berbagai2 recipe Hokkaido cake ni. Bahan2 nya senang je.  So apasal mahal? Seriously bila saya tengok harganya mahal saya tak beli pun, except sekali la waktu saya pergi ke kedai kek Cake Sense.  They sell the loaf of cake at a reasonable price. Saya rasa tak puas hati kenapa harga kek ni mahal sangat, so I decided to try one of the recipe I have gathered for a while. Bahan2 asas Hokkaido cake adalah 5 jenis sahaja - telur, gula, garam, minyak jagung, tepung. Itulah bahan2 asasnya.  Walau bagaimana pun, bagi kek "teh tarik" yang saya buat petang tadi, saya telah mengolah sedikit recipe yang saya dapat dari majalah.  Instead of corn oil, saya gunakan butter dan letak sepacket serbuk teh tarik segera.  Marilah kita lihat bahan2nya dan cara membuatnya.  Owh, sebelum itu, perlu saya ingatkan recipe saya semuanya dengan kandungan gula yang minimal ikut rasa saya sendiri, sebab saya tak suka manis2...nanti blood sugar naik ooo....kalau anda suka manis, tambahlah lagi berapa gula pun yang anda mahu, tapi saya sarankan; kurangkanlah pengambilan gula yang berlebihan untuk menjaga kesihatan kita. :-)


Teh Tarik Hokkaido Cake



texture yang sangat lembut dan rasanya tidak terlalu manis
 
warnanya pun macam teh tarik sket2...


Bahan2nya:
 6 biji      telur dipisahkan  putih dan kuning nya, hendaklah pada suhu bilik
100 gm   gula halus (kalau anda kuat manis, boleh tambah dalam 25gm-30gm lagi
85 gm     tepung gandum
65 gm     mentega dicairkan kemudian dibiarkan sejuk pada suhu bilik
1/4 tsp    garam
1 paket   teh tarik segera samada brand Boh atau Lipton


Cara membuatnya:
1.     Pukul kuning telur dalam mangkuk sehingga menjadi agak pekat. Ketepikan.
2.     Pukul putih telur bersama garam hingga separuh kembang, kemudian letakkan gula sedikit demi sedikit sambil memukulnya sehingga kembang, tak perlu sehingga menjadi meringue (kalau dah jd meringue, bila terbalikkan mangkuk, meringue takkan tumpah)
3.     Masukkan kuning telur yang telah dipukul lebih awal, pukul adunan sehingga rata.
4.     Ayakkan tepung yang dicampur dengan serbuk teh tarik ke dalam adunan dan kacau dengan spatula sehingga sebati tapi jangan terlalu banyak kali supaya volume putih telur tidak mengempis.
5.     Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau perlahan2 hingga sebati.
6.     Bakar di dalam muffin tin yang telah dilapiskan dengan cawan kertas dalam oven pada suhu 180C selama lebih kurang 20-25 minit.
7.     Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. Siap untuk dimakan.


No comments:

Post a Comment