So, terpaksa juga la anda pergi tengok recipe sup tomato tu kan...now, untuk menjadikannya pasta sos...anda perlu olah kembali dengan menambah beberapa bahan. Mari kita lihat bagaimana sup tomato bertukar menjadi pasta sauce.
Bahan2 yang diperlukan:
Baki sup tomato yang telah disediakan
2 sudu makan cream cheese atau seberapa banyak yang anda rasa perlu, masukkan lebih dari 2 sudu makan, mungkin 3-5 sudu makan bergantung kepada kuantiti sup tomato)
1 sudu teh dried mixed herbs (yang biasa digunakan untuk membuat sos pasta)
1/2 tin tomato paste
4 sudu makan sos tomato
Cara menyediakan:
1. Panaskan sup tomato, tambahkan semua bahan2 lain, dan biarkan cream cheese cair di dalam sos pasta serta biarkan ianya memekat. Setelah siap, boleh dimakan dengan pasta pilihan anda serta ditaburkan daun sup/celery yang dihiris halus dan ditambah dengan cream cheese yang dipotong dadu kecil atau dihancur2kan ke atas pasta yang sudah dituang sos nya.
*Nota:
Jika anda mahu terus membuat sos pasta, ikut sahaja recipe sup tomato yang telah saya post sebelum ini, dan ditambahkan dengan bahan tambahan seperti cream cheese (atau apa2 jenis cheese yang anda suka), dried mixed herbs, sos tomato dan tomato paste.Jangan lupa, kurangkan sedikit sukatan stok ayam supaya tidak menjadi sup pula :-)
Pasta Sauce
Macaroni pasta and home made sauce |
Yummyyy!!! |
No comments:
Post a Comment