Tuesday, December 11, 2012

Shrimp Cappellini Aglio Olio

Fuh...tajuk...tak ingat Bahasa Melayu, eh? ... but the fact is, it's not a Melayu recipe pun. I simply love pasta...but that definitely doesn't mean I don't love Malay food, mind you! I have low tolerance towards rice, I can't seem to digest and break down the sugar from rice as I am diabetic.  Somehow, when I eat pasta or wholemeal bread, my blood sugar is more within control (plus the exercise, of course!)

Anyway, bagi yang tak biasa mendengar nama makanan ni, it simply means spaghetti yang dimasak dengan olive oil dan bawang putih dan diletak udang.  Cappellini is also called Angel Hair pasta di sini. Angel Hair pasta tu pula, adalah spaghetti yang halus2 macam mihun kasar rupanya setelah dimasak.  At My Elysium, my youngest brother who lives with me doesn't like "mihun" and he loves "mee kuning" and he likes "pasta" while I like "mihun" and DON'T like "mee kuning" and love "pasta".  So the only overlapping interest in the noodle liking between us is "PASTA".  We both like any kind of pasta, and for this particular recipe I choose cappellini or angel hair because it is quick to produce.  Macam tag line Maggi dulu... fast to cook, good to eat...or rather, "cepat dimasak, sedap dimakan".  So is this particular recipe, the only thing is it doesn't take as quick as 2 minutes to prepare, but you can definitely have it done in less than 15-20 minutes.

So much of tale-telling, let me share with you this simple recipe. I'm putting "Angel Hair" as it is probably more familiar for most of us, instead of "Cappellini"...and this recipe serves 3-4 person.  Kalau yang "big-eater" mungkin cukup untuk 2 orang sahaja, saya rasa.


Shrimp Angel Hair Aglio Olio

Haaa....siap dengan kadar agak segera.

Bahan2 yang mudah, memasaknya pun amat mudah.


Bahan2:
2     genggam sederhana pasta Angel Hair
3     ulas bawang putih
20   ekor udang yang telah dibersihkan (buang urat hitam yang penuh dengan pasir tu, kalau omputih kata "devein" the shrimp)
Extra Virgin Olive Oil (EVOO) secukupnya
Salt & Pepper
Dried Basil leaves (takde pun boleh juga)
Hirisan daun sup atau daun celery


Cara menyediakannya:
1.     Masukkan air ke dalam periuk untuk mencelur pasta. Panaskan sehingga air mendidih.  Separuh jalan sebelum air mendidih, masukkan garam kasar lebih kurang 2 sudu makan.  Bila air telah mendidih, masukkan pasta Angel Hair ke dalam air yang mendidih tersebut dan kacau2 sedikit dalam 2 minit, kemudian padan api. Tak perlu menutup periuk.

2.     Panaskan kuali anda (saya suka guna frying pan besar), masukkan EVOO dalam 3 sudu makan, kemudian masukkan bawang putih, kacau2 sedikit (jgn sampai hangit!) kemudian terus masukkan udang,  kacau2 sedikit, dan sendukkan dalam setengah cawan air rebusan pasta tadi ke dalam kuali. Masukkan black pepper (yang kasar lebih sedap) ikut banyak mana yang anda suka, masukkan juga dried basil (kalau ada), dan dengan segera masukkan pasta yang dicelur tadi ke dalam kuali dan gaul2 sehingga rata. Sesudah mesra, padamkan api dan hidangkan. Tabur hirisan daun sup/ celery ke atas pasta.  Bagi yang sukakan rasa EVOO, boleh drizzle sedikit lagi ke atas pasta yang dihidangkan. Selamat mencuba!


* Nota:
Proses memasak udang di dalam kuali tidak mengambil masa yang lama, dalam lebih kurang 3-4 minit sahaja.  Pasta akan menjadi seelok2 baik saja kekenyalannya untuk dimasukkan ke dalam kuali.  Akan tetapi, jika anda rasa mungkin anda akan mengambil masa yang lebih dari 3-4 minit untuk menumis bawang putih dan udang, eloklah anda keluarkan dulu pasta yang telah dicelur dalam air mendidih yang telah dimatikan api dapurnya setelah 3 minit dan bilas dengan air sejuk supaya tidak menjadi terlalu kembang. Jangan lupa, air rebusan pasta itu jangan dibuang kerana akan digunakan dalam masakan dan tidak perlu lagi menambah garam sebab telah diletak semasa mencelur pasta.  Angel Hair pasta memang cepat masak, jadi tak perlu celur terlalu lama.

No comments:

Post a Comment