Tuesday, December 11, 2012

Home Made Tomato Soup

Saya suka juga makan sup tomato, kalau dulu2 waktu belum pandai memasak saya suka sangat makan sup tomato dalam tin.  Tapi bila dah boleh masak sendiri, saya tak suka pula yang dalam tin sebab saya rasa harganya mahal bagi kandungan satu tin dan merasakan bahan2nya tidak la fresh seperti mana bila kita membuatnya sendiri.  Hari ini saya share sup tomato versi saya sendiri, dan harap anda semua suka.  Saya lebih suka makan dengan isinya yang chunky, tetapi bagi yang suka texture halus seperti sup, boleh juga dikisar di dalam blender untuk menjadikannya betul2 liquid.  Akan tetapi, perlu saya ingatkan kawan2 semua kalau sup ini dibiarkan dalam bentuk chunky, kalau tak habis, kita boleh jadikan ia kuah untuk pasta dengan sedikit olahan.  Untuk resipi sos pasta daripada sup tomato veri saya ini, sila follow recipe2 yang seterusnya selepas ini.  Harap sabar menanti ya... saya ni kadang2 tak berapa banyak masa nak update blog saya yang serba kekurangan ini.
Tomato Soup
saya lebih suka makan sup tomato ini dengan macaroni krn ia mengenyangkan


Pandangan lebih dekat...



Bahan2 persediaan:

A.   Chicken Stock
Tulang2 ayam 
2     keping ayam bahagian  "keel"
1/2  batang carrot dipotong bulat2 dengan tebal
1     batang celery dipotong tebal
1     biji bawang besar bersaiz sederhana, dibelah empat
3-4  keping hirisan halia
 4-5  biji lada hitam

Cara menyediakan chicken stock:
Masukkan ke semua bahan2 di dalam periuk, masukkan air sehingga menutupi bahagian ayam yang hendak direbus, letakkan sedikit garam dan renehkan dengan api sederhana sehingga masak.  Bahagian keel pula, sebaik dagingnya sudah masak, keluarkan dari periuk dan ketepikan.  Setelah sejuk, carik2 (siat2) daging ayam keel tersebut untuk dimasukkan ke dalam sup tomato yang akan disediakan nanti. Manakala stok ayam dibiarkan mereneh sehingga carrot, celery, bawang menjadi lembut.
 
B.    Sup Tomato
1     biji bawang besar, dipotong dadu
2     batang celery dihiris dalam 1/2 inci tebal
1     batang carrot
1     biji yellow bell pepper, dipotong dadu
1     tin whole peeled tomato, dipotong dadu (ada juga dijual yang telah didadu)
1     tin kecil tomato paste
2-3  tangkai daun rosemary segar (tiada pun tak mengapa)
1     helai bay leaf kering
3     daun sup/bahagian daun celery untuk hiasan

Cara memasak:
1.    Panaskan periuk, masukkan extra virgin olive oil (EVOO) dan tumis carrot, kemudian celery, bawang besar, yellow bell pepper. Kacau2 dalam 2-3 minit.
2.    Masukkan  tomato dalam tin yang telah didadu, tomato paste, kacau2 hingga sebati.
3.    Masukkan daun rosemary dan bay leaf
4.    Tuangkan lebih kurang 3 cawan stok ayam yang telah disediakan tadi. Boleh letak kurang kalau suka pekat, atau lebih kalau suka berkuah.
5.    Masukkan isi ayam yang telah dicarik2 tadi.
6.    Letakkan garam dan black pepper secukupnya.  Siap untuk dihidangkan.
7.    Hiaskan dengan daun sup/celery yang telah dihiris halus.

*    Nota:
Kalau anda suka texture halus pada sup, anda boleh blend sup tomato yang belum diletak isi ayam yang dicarik2, kemudian bila hendak dihidangkan boleh lah dihiasi dengan isi ayam yang telah dicarik dan ditabur daun sup/celery.  Saya lebih suka sup dalam keadaan asalnya sebab jika tidak habis, ianya boleh diolah semula menjadi pasta sauce...terpulang kepada selera masing2.



No comments:

Post a Comment