Okay, without further ado, here's the recipe:
Portugese Egg Tarts
Begini rupanya egg tart ni... |
tengok dekat sikit... |
Macam kelopak bunga2 |
10 puff pastry squares (brand Kawan)
5 egg yolks
1/2 cup heavy cream
1/2 cup milk
1/4 cup castor sugar/ fine granulated sugar
1 tsp vanilla extract
The pastry:
1. Gunakan acuan bulat tekapkan pada puff pastry utk buat membuat bentuk bulat. Kemudian lipat 2 dan gunting sedikit 2 bucu pastry tersebut, kemudian lipat 2 lagi dan gunting bucu2 yang dua lagi. Kemudian susun dalam muffin tin dan tekan sedikit untuk memenuhi acuan. Buat sehingga habis. Sila lihat pada gambar.
pastry diletak dalam acuan muffin |
The custard:
Panaskan oven pada suhu 180 C, sambil itu...
1. Campur kesemua bahan2 lain yang telah saya senaraikan tadi - kuning telur, heavy cream, susu, gula dan esen vanilla, dipukul 3-5 minit, kemudian tuangkan ke dalam pastry yang telah diletakkan dalam acuan muffin anda. Jangan tuang terlalu penuh..dalam 85-90% penuh sudah memadai.
tuangkan custard ke dalam tiap acuan, jangan terlalu penuh |
2. Bakar selama lebih kurang 20-25 minit atau lebih sedikit kalau anda suka pastry anda lebih rangup (saya rasa paling2 lama pun 30 minit cukup lah)
Demikianlah recipe Portugese Egg Tart yang sanga senang dibuat ini...yang lecehnya adalah membuat acuan pastry nya....bukan leceh camner pun... tapi memakan sedikit masa kalau nak buat cantik2. Selamat mencuba, kawan2!
*Nota: kalau suka lebih manis, tambah la gula lagi.. mungkin kalau menggunakan 1/3 cawan gula agak manis. Saya ini diabetic, jadi saya takkan buat kuih muih yang terlalu manis.
No comments:
Post a Comment