Tuesday, June 26, 2012

Daging Masak Kicap Berempah

Ish ish ish...banyak juga entry yang tertangguh ni. Dok masak masak tapi tak gak post recipe nya di blog ni. Whatever it is, I will try to catch up with the capacity I have right now. Okay, kawan2...recipe kali ini adalah daging masak kicap berempah.  Sebelum tu saya nak bercerita dahulu tentang lauk daging masak kicap.  Ada orang masak kicap, hanya tumis bawang merah, bawang putih, halia and letak kicap.  Tapi kalau ikut ajaran mak saya, masak kicap ni lebih sedap kalau ada rempah2nya.  Satu masakan yang senang saja dibuat tetapi perlu luangkan masa untuk menyediakan bahan tumisannya.  Bagi kawan2 yang bekerja, tidak punya masa yang banyak untuk menunggu daging empuk, boleh lah merebus dulu daging yang dihiris tidak terlalu nipis, dan diletak garam sedikit untuk perisa. Versi yang saya sediakan ini adalah versi cepat, makanya daging rebus yang saya gunakan untuk kali ini.

Let's check out the recipe...

Daging Masak Kicap Berempah

Makan dgn nasi putih dan sambal belacan pun sedap!

Dari dekat...



Bahan bahan tumis
2        ulas bawang merah yg debab2
2        ulas bawang yg agak gemok2
1        hirisan halia setebal 1 cm
3        kuntum bunga cengkih
3        biji pelaga
1        batang kayu manis (dalam 2 inci panjang)
1 1/2  sudu makan biji lada hitam (atau 2 sudu makan kalau suka pedas)

Tumbuk halus kesemua bahan dalam lesung batu atau gunakan saja blender kering, letak sedikit air kalau blender susah nak berputar.

Bahan utama
Daging yang telah direbus, bersama air rebusannya utk 2-3 orang makan
Kicap masin
Kicap manis / gula
Minyak masak untuk menggoreng ubi kentang dan menumis

Bahan bahan sampingan
1        biji ubi kentang saiz besar, dipotong bulat2 setebal kurang sedikit dari 1 cm
1        biji tomato, dibelah 4 atau 6 kalau size besar
1        labu bawang besar dipotong bulat2 setebal 1/2 cm
1        batang cili merah dibelah 2
2-3     tangkai daun bawang dipotong2 1 inci panjang

Cara memasak
1.     Gorengkan hirisan tebal ubi kentang hingga separuh masak.
2.     Keluarkan sedikit minyak masak, kemudian tumiskan bahan2 tumisan yang ditumbuk/kisar tadi sehingga naik minyak.
3.     Masukkan daging yang telah direbus dengan air rebusan sebanyak mana yang dikehendakki menjadi kuah tapi jangan terlalu banyak, nanti jadi sup pula lauk kicap anda.
4.     letakkan sedikit kicap masin sedikit dan rasa masinnya, kemudian letak kicap manis atau gula secukupnya. Saya gunakan brown sugar.  Kemudian masukkan ubi kentang yang telah digoreng tadi.
5.     Bila ubi kentang sudah empuk, masukkan hirisan tomato dan bawang besar, balik-balikkan sedikit kemudian masukkan cili merah yang dibelah dua dan separuh dari hirisan daun bawang.

6.     Separuh lagi hirisan daun bawang boleh ditabur sewaktu menghidang lauk daging masak kicap berempah ini.

Masakan ini mudah untuk disediakan dan lebih sedap dari hanya menuangkan kicap sahaja ke dalam masakan.  Setahu saya, orang Jawa dan orang Johor kalau masak kicap, beginilah cara mereka memasaknya.







No comments:

Post a Comment