Showing posts with label Savory dishes. Show all posts
Showing posts with label Savory dishes. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Reconstructed Pasta Sauce

Okay, since I'm on the blog and just finished sharing my tomato soup recipe, I would also like to share another recipe which was made from the reconstruction of the tomato soup.  Without further ado, let's look at the the recipe.  First thing first, please refer to the my tomato soup recipe which I posted previously.

So, terpaksa juga la anda pergi tengok recipe sup tomato tu kan...now, untuk menjadikannya  pasta sos...anda perlu olah kembali dengan menambah beberapa bahan. Mari kita lihat bagaimana sup tomato bertukar menjadi pasta sauce.

Bahan2 yang diperlukan:

Baki sup tomato yang telah disediakan
2    sudu makan cream cheese atau seberapa banyak yang anda rasa perlu, masukkan lebih dari 2 sudu makan, mungkin 3-5 sudu makan bergantung kepada kuantiti sup tomato)
1    sudu teh dried mixed herbs (yang biasa digunakan untuk membuat sos pasta)
1/2 tin tomato paste
4    sudu makan sos tomato

Cara menyediakan:
1.     Panaskan sup tomato, tambahkan semua bahan2 lain, dan biarkan cream cheese cair di dalam sos pasta serta biarkan ianya memekat.  Setelah siap, boleh dimakan dengan pasta pilihan anda serta ditaburkan daun sup/celery yang dihiris halus dan ditambah dengan cream cheese yang dipotong dadu kecil atau dihancur2kan ke atas pasta yang sudah dituang sos nya.

*Nota:
Jika anda mahu terus membuat sos pasta, ikut sahaja recipe sup tomato yang telah saya post sebelum ini, dan ditambahkan dengan bahan tambahan seperti cream cheese (atau apa2 jenis cheese yang anda suka), dried mixed herbs, sos tomato dan tomato paste.Jangan lupa, kurangkan sedikit sukatan stok ayam supaya tidak menjadi sup pula :-)

Pasta Sauce

Macaroni pasta and home made sauce

Yummyyy!!!

Home Made Tomato Soup

Saya suka juga makan sup tomato, kalau dulu2 waktu belum pandai memasak saya suka sangat makan sup tomato dalam tin.  Tapi bila dah boleh masak sendiri, saya tak suka pula yang dalam tin sebab saya rasa harganya mahal bagi kandungan satu tin dan merasakan bahan2nya tidak la fresh seperti mana bila kita membuatnya sendiri.  Hari ini saya share sup tomato versi saya sendiri, dan harap anda semua suka.  Saya lebih suka makan dengan isinya yang chunky, tetapi bagi yang suka texture halus seperti sup, boleh juga dikisar di dalam blender untuk menjadikannya betul2 liquid.  Akan tetapi, perlu saya ingatkan kawan2 semua kalau sup ini dibiarkan dalam bentuk chunky, kalau tak habis, kita boleh jadikan ia kuah untuk pasta dengan sedikit olahan.  Untuk resipi sos pasta daripada sup tomato veri saya ini, sila follow recipe2 yang seterusnya selepas ini.  Harap sabar menanti ya... saya ni kadang2 tak berapa banyak masa nak update blog saya yang serba kekurangan ini.
Tomato Soup
saya lebih suka makan sup tomato ini dengan macaroni krn ia mengenyangkan


Pandangan lebih dekat...



Bahan2 persediaan:

A.   Chicken Stock
Tulang2 ayam 
2     keping ayam bahagian  "keel"
1/2  batang carrot dipotong bulat2 dengan tebal
1     batang celery dipotong tebal
1     biji bawang besar bersaiz sederhana, dibelah empat
3-4  keping hirisan halia
 4-5  biji lada hitam

Cara menyediakan chicken stock:
Masukkan ke semua bahan2 di dalam periuk, masukkan air sehingga menutupi bahagian ayam yang hendak direbus, letakkan sedikit garam dan renehkan dengan api sederhana sehingga masak.  Bahagian keel pula, sebaik dagingnya sudah masak, keluarkan dari periuk dan ketepikan.  Setelah sejuk, carik2 (siat2) daging ayam keel tersebut untuk dimasukkan ke dalam sup tomato yang akan disediakan nanti. Manakala stok ayam dibiarkan mereneh sehingga carrot, celery, bawang menjadi lembut.
 
B.    Sup Tomato
1     biji bawang besar, dipotong dadu
2     batang celery dihiris dalam 1/2 inci tebal
1     batang carrot
1     biji yellow bell pepper, dipotong dadu
1     tin whole peeled tomato, dipotong dadu (ada juga dijual yang telah didadu)
1     tin kecil tomato paste
2-3  tangkai daun rosemary segar (tiada pun tak mengapa)
1     helai bay leaf kering
3     daun sup/bahagian daun celery untuk hiasan

Cara memasak:
1.    Panaskan periuk, masukkan extra virgin olive oil (EVOO) dan tumis carrot, kemudian celery, bawang besar, yellow bell pepper. Kacau2 dalam 2-3 minit.
2.    Masukkan  tomato dalam tin yang telah didadu, tomato paste, kacau2 hingga sebati.
3.    Masukkan daun rosemary dan bay leaf
4.    Tuangkan lebih kurang 3 cawan stok ayam yang telah disediakan tadi. Boleh letak kurang kalau suka pekat, atau lebih kalau suka berkuah.
5.    Masukkan isi ayam yang telah dicarik2 tadi.
6.    Letakkan garam dan black pepper secukupnya.  Siap untuk dihidangkan.
7.    Hiaskan dengan daun sup/celery yang telah dihiris halus.

*    Nota:
Kalau anda suka texture halus pada sup, anda boleh blend sup tomato yang belum diletak isi ayam yang dicarik2, kemudian bila hendak dihidangkan boleh lah dihiasi dengan isi ayam yang telah dicarik dan ditabur daun sup/celery.  Saya lebih suka sup dalam keadaan asalnya sebab jika tidak habis, ianya boleh diolah semula menjadi pasta sauce...terpulang kepada selera masing2.



Tuesday, June 26, 2012

Daging Masak Kicap Berempah

Ish ish ish...banyak juga entry yang tertangguh ni. Dok masak masak tapi tak gak post recipe nya di blog ni. Whatever it is, I will try to catch up with the capacity I have right now. Okay, kawan2...recipe kali ini adalah daging masak kicap berempah.  Sebelum tu saya nak bercerita dahulu tentang lauk daging masak kicap.  Ada orang masak kicap, hanya tumis bawang merah, bawang putih, halia and letak kicap.  Tapi kalau ikut ajaran mak saya, masak kicap ni lebih sedap kalau ada rempah2nya.  Satu masakan yang senang saja dibuat tetapi perlu luangkan masa untuk menyediakan bahan tumisannya.  Bagi kawan2 yang bekerja, tidak punya masa yang banyak untuk menunggu daging empuk, boleh lah merebus dulu daging yang dihiris tidak terlalu nipis, dan diletak garam sedikit untuk perisa. Versi yang saya sediakan ini adalah versi cepat, makanya daging rebus yang saya gunakan untuk kali ini.

Let's check out the recipe...

Daging Masak Kicap Berempah

Makan dgn nasi putih dan sambal belacan pun sedap!

Dari dekat...



Bahan bahan tumis
2        ulas bawang merah yg debab2
2        ulas bawang yg agak gemok2
1        hirisan halia setebal 1 cm
3        kuntum bunga cengkih
3        biji pelaga
1        batang kayu manis (dalam 2 inci panjang)
1 1/2  sudu makan biji lada hitam (atau 2 sudu makan kalau suka pedas)

Tumbuk halus kesemua bahan dalam lesung batu atau gunakan saja blender kering, letak sedikit air kalau blender susah nak berputar.

Bahan utama
Daging yang telah direbus, bersama air rebusannya utk 2-3 orang makan
Kicap masin
Kicap manis / gula
Minyak masak untuk menggoreng ubi kentang dan menumis

Bahan bahan sampingan
1        biji ubi kentang saiz besar, dipotong bulat2 setebal kurang sedikit dari 1 cm
1        biji tomato, dibelah 4 atau 6 kalau size besar
1        labu bawang besar dipotong bulat2 setebal 1/2 cm
1        batang cili merah dibelah 2
2-3     tangkai daun bawang dipotong2 1 inci panjang

Cara memasak
1.     Gorengkan hirisan tebal ubi kentang hingga separuh masak.
2.     Keluarkan sedikit minyak masak, kemudian tumiskan bahan2 tumisan yang ditumbuk/kisar tadi sehingga naik minyak.
3.     Masukkan daging yang telah direbus dengan air rebusan sebanyak mana yang dikehendakki menjadi kuah tapi jangan terlalu banyak, nanti jadi sup pula lauk kicap anda.
4.     letakkan sedikit kicap masin sedikit dan rasa masinnya, kemudian letak kicap manis atau gula secukupnya. Saya gunakan brown sugar.  Kemudian masukkan ubi kentang yang telah digoreng tadi.
5.     Bila ubi kentang sudah empuk, masukkan hirisan tomato dan bawang besar, balik-balikkan sedikit kemudian masukkan cili merah yang dibelah dua dan separuh dari hirisan daun bawang.

6.     Separuh lagi hirisan daun bawang boleh ditabur sewaktu menghidang lauk daging masak kicap berempah ini.

Masakan ini mudah untuk disediakan dan lebih sedap dari hanya menuangkan kicap sahaja ke dalam masakan.  Setahu saya, orang Jawa dan orang Johor kalau masak kicap, beginilah cara mereka memasaknya.







Friday, May 11, 2012

Herb Garlic Bread

Okay, my last entry before I head home and have my rest. Kalau dah sampai di rumah payah nak upload gambar2 makanan ni semua sebab saya guna berukben 3 gig jer... so faham2 la kalau saya sesekali baru upload gambar2 masakan saya.

Ini satu lagi recipe yang sangat mudah...tak perlu lagi membeli garlic bread di kedai, anda pun boleh buat sendiri!


Herb Garlic Bread

Sesuai for breakfast


Sedap dimakan dengan mushroom soup


Closer shot of the bread




Bahan-bahan:

1     batang roti Perancis
2     sudu teh dried herb - oregano/thyme/rosemary ... ikut citarasa anda sendiri
5     sudu makan extra virgin olive oil
1     biji bawang putih yang agak besar
sedikit garam



Cara membuatnya:

1.     Potong roti Perancis serong2 lebih kurang setebal 3/4 inci.

2.     Sapukan  olive oil atas setiap kepingan roti, taburkan dried herbs dan garam. Sementara itu panaskan dahulu oven anda pada suhu 180 Celcius.  Bakar selama lebih kurang 10 minit atau lebih sedikit kalau anda suka ianya sangat garing.

3.     Setelah dikeluarkan dari oven, gesek bawang putih atas setiap kepingan roti.  Maka siap lah garlic break anda!  Sangat senang, kan???


Thursday, March 22, 2012

Breadcrumbed French Toast

I was supposed to upload this entry before the previous one, but it got delayed. So here is the recipe for this simple dish.  Good for breakfast or tea time. :-)


Breadcrumbed French Toast

It's crunchy on the outside and soft and savory on the inside


This is how a baguette looks like, in case you don't know.



Ingredients:

4       slices of French baguette (thickly sliced and quartered)
2-3    eggs    
1       big pinch of dried herbs - oregano/ thyme/ rosemary or simply mixed herbs
1       tablespoon evaporated milk
some oil to fry
Breadcrumbs
Salt & pepper


Method:

1.     Combine eggs, dried herbs, evaporated milk, salt & pepper in a bowl and whisk.

2.     Dunk in the quartered baguette into the egg mixture and let it coat lightly, then transfer into your plate of breadcrumbs. Coat thoroughly with breadcrumbs and then fry in your frying pan on a medium heat. Turn over when it turns light golden brown. Don't wait till it turns to a full golden brown or it may burn quick.

Best served with you favorite sauce or I would suggest mushroom soup.  Otherwise, it's good on its own. Owh, one more thing... eat it while it's hot because the crunch doesn't last very long.

Wednesday, March 21, 2012

Curried Butter Prawn

Hari ni rasa malas je nak masak, lagi pun pagi tadi dah buat "Breadcrumbed French Toast" untuk breakfast.  Cuaca yang sangat panas ni membuat saya rasa dehydrated dan lemah. Namun kerana nak menyediakan juga juadah makan malam untuk adik tersayang, Bill; saya gagahkan juga diri ini untuk ke dapur.Nasib baik jugalah pagi tadi saya telah keluarkan udang dan cili boh dari freezer. Tinggal masak saja.  Dari 2 jam lepas kepala ni asyik cuba memikir apa yang nak dimasak...something quick and with least hassle.  Tak juga dapat idea.  Akhirnya melangkah sajalah ke dapur dan mulakan dengan memotong bawang. Siap juga masakan campak2 saya ni, dan rasanya sedap juga.  Sepatutnya saya kongsikan dahulu resipi sarapan pagi tadi kan?... Tetapi kerana saya belum mencatit resipi udang ini, saya dahulukan supaya tidak terlupa bahan2 yang saya gunakan dan sukatannya.



Curried Butter Prawn






Bahan-bahannya (untuk 2 orang makan):
2     cawan udang hidup yang besar atau sederhana besar
3     biji bawang merah dicincang
2     biji bawang putih dicincang
3-4  keping hirisan halia
2     sudu makan butter
1     sudu makan minyak masak
1     sudu makan serbuk kari
1     sudu makan cili boh
1     tangkai daun kari
1/2  cawan air
1/3  cawan susu cair
3     sudu makan Sapphire Sauce
1     keping asam gelugur (jika suka masam)
sedikit garam


Cara memasak:

1.     Udang dibersihkan, saya lebih suka biarkan kulitnya sebab lebih manis rasanya nanti.

2.     Panaskan periuk, masukkan 1 sudu makan butter dan 1 sudu makan minyak masak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, setelah naik baunya masukkan daun kari.  Kemudian masukkan serbuk kari dan cili boh. Kacau2 sedikit.

3.     Masukkan udang, setengah cawan air dan sepertiga cawan susu cair. Letakkan garam, Sapphire sauce dan asam gelugur. Akhir sekali, masukkan 1 sudu makan butter ke dalam kuah. Apabila udang telah masak dan terbit minyak, matikan api. Lauk udang telah pun sedia untuk dihidangkan.



*Nota:

Udang tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dimasak. Saya rasa tidak lebih dari 10 minit untuk menyediakan masakan ini.

Monday, March 19, 2012

Shepherd's Pie

Ini entry yang sepatutnya saya post 2 Ahad lepas, tetapi kerana tidak berkesempatan saya tertangguh sehinggalah ke hari ini. Shepherd's pie ni senang saja untuk dibuat, intinya terpulang kepada kita utk mempelbagaikannya.  Oleh kerana kita ni orang Melayu, jadi saya telah meMelayukan Shepherd's yang saya buat ini. Tak perlulah saya type panjang berjela2 lagi tentang juadah ini, saya kongsi dahulu resipinya.  Walau bagaimanapun oleh kerana saya nak cepat siapkan, saya kurang ingat sukatan bahan2, jadi lebih kurang saja lah nampaknya...tidaklah begitu sukar, anda boleh tambah atau kurangkan sendiri bahan2 yang perlu disediakan untuk membuatnya. Pie ini terhasil dengan 2 lapisan; inti daging di bahagian bawah, dan mashed potato di bahagian atasnya.


Shepherd's Pie








A.   Inti Daging

Ramuan2 nya

1     packet daging kisar (selalunya 40gm setiap pack)
1     sudu teh mixed herbs atau oregano
1     batang carrot dipotong2 halus sepanjang lebih kurang 2 cm
1     tin cendawan butang, dibelah 2 kemudian dihiris membujur
1     senduk kecil cili boh, atau lebih kalau suka pedas
2     senduk kecil tomato paste
1     senduk kecil tomato sos

1     labu bawang besar, dipotong dadu
2     helai daun salam (bay leaf)

sedikit garam
sedikit brown sugar

2     biji bawang putih   -       kedua bahan ini ditumbuk halus
1/2  inci halia                -


Cara memasak:

1.     Daging dibilas sedikit dengan air dan ditos, kemudian digoreng tanpa minyak di dalam kuali tanpa minyak. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus, mixed herbs atau oregano yang diramas2 dan garam. Goreng sehingga airnya kering. Setelah kering, angkat daging dan ketepikan.

2.     Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumis cili boh sehingga terbit minyak, kemudian masukkan cendawan yang dihiris, dibalik2 seketika, masukkan tomato paste dibalik2kan dan masukkan hirisan carrot. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng kering tadi dan masukkan tomato sos serta daun salam.  Tambah garam dan gula, dan jangan lupa rasa dahulu. Biarkan sos daging kering sedikit. Biarkan sejuk.


B.     Mashed potato

Ramuan2 nya

7-8   biji ubi kentang sederhana besar, dipotong sederhana besar & sama saiz supaya masak rata
1/2   tin susu cair
1/3   buku butter (boleh tambah atau kurangkan ikut selera masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam kasar
sedikit serbuk paprika (takde pun takpe)


Cara memasak:

1.     Stimkan kentang sehingga empuk.

2.     Kentang dilecek bersama butter dan susu cair. Taburkan garam dan rasa. Tambahkan jika perlu.

3.     Letakkan serbuk lada hitam kasar. Jika kentang terlalu pekat, tambahkan susu cair sedikit.


Cara menyediakan Shepherd's Pie:

1.     Panaskan oven pada suhu 180 C.

2.     Sapukan bekas yang nak digunakan untuk membakar dengan sedikit butter. Ratakan inti daging di dalam bekas, kemudian ratakan pula mashed potato dia atasnya. Taburkan sedikit serbuk paprika di atasnya (tak letak pun takpe)

3.     Bakar di dalam oven selama setengah jam. Sejukkan sebelum makan.


*Nota:

Shepherd's Pie ini lebih sedap jika disimpan sehari sebelum makan.

Monday, February 13, 2012

Sapphire Chicken Chop

One of my favorite dishes is the chicken chop. I prefer poultry over beef most of the time, although I LOVE beef.  This chicken chop which I'm sharing the recipe with you in a short while, isn't something I've cooked quite recently but some time ago. I hope I still remember the recipe...however, you can always eyeball the ingredients tailoring to your preference/taste buds.  I'll write in Malay for the convenience of some friends to follow the recipe.

Sapphire Chicken Chop





Bahan A

2     keping ayam, bahagian dada
1     kotak cherry tomato
1/2  packet baby carrots
1     tangkai (betul ke penjodoh bilangan ni?) broccoli size sederhana, dipotong2 sederhana kecil
1     kotak fresh button mushroom (pilih yang sliced, ia memudahkan kerja2 anda)
1     bawang besar, dicincang halus
2     bawang putih, dicincang halus
1     packet sup cendawan segera Campbell's (yg selalunya kita tambah air saja tu)
1/4  cawan susu lowfat (atau lebih sedikit, mengikut consistency kepekatan yg anda mahu)
Sedikit brown sauce powder
Sedikit garam
Sedikit black pepper
Sedikit butter
Sedikit minyak
Sedikit bancuhan tepung jagung (jika perlu)


Bahan B
Sediakan 3 mangkuk atau pinggan yang cukup besar untuk mencelup isi dada ayam ke dalam bahan2 berikut:
Mangkuk 1 - tepung yang digaul rata dengan garam dan black pepper
Mangkuk 2 - telur yang dipukul bersama sedikit garam dan black pepper
Mangkuk 3 - breadcrumbs untuk memberi kerangupan (saya suka guna breadcrumbs yang putih)


Cara menyediakan chicken chop
1.     Alas dada ayam dengan plastic dan ketuk2 dengan pounder atau guna belakang frying pan pun boleh, sehingga isi ayam melebar dan nipis sedikit.

2.     Masukkan ke dalam mangkuk 1, pupuk dengan tepung dan tos2kan supaya tiada tepung berlebihan menyalut isi ayam tadi.

3.     Kemudian celupkan ayam tadi ke mangkuk 2 yang berisi telur, toskan supaya tidak banyak telur yang masuk ke dalam mangkuk 3.

4.     Masukkan ke dalam mangkuk 3 dan salut ayam itu dengan breadcrumbs. Pupuk betul2 supaya ayam disalut sepenuhnya dengan breadcrumbs.

5.     Masukkan ke dalam frying pan yang telah dipanaskank dan diletak sedikit minyak untuk menggoreng ayam tadi.  Api jangan terlalu besar, nanti hangus pula chicken chop tu! Breadcrumbs cepat hangus...nanti ayamnya hangus di luar dan tak masak pula di dalam.

6.     Setelah cukup masak, letak di atas towel kitchen untuk menyerap minyak dari ayam yang digoreng.



Cara menyediakan sayuran
1.     Kukus baby carrot dan broccoli buat seketika. Jangan terlalu lama, nanti lembik pula sayuran anda.  Saya rasa mungkin dalam 5-7 minit.  Setelah empuk (kalau saya suka setengah masak sebab rangup), terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk atau ais supaya dapat mengekalkan kerangupan sayuran tersebut.


Cara menyediakan mushroom sauce
1.     Panaskan periuk anda, masukkan sedikit butter dan minyak masak dan tumis bawang besar serta bawang putih yang dicincang tadi. Setelah naik baunya, masukkan hirisan button mushroom, balik2 kan kemudian masukkan pula sup cendawan instant dalam packet yang dibancuh dengan sedikit air panas.  Kacau2 sehingga sebati.

2.     Masukkan pula susu low fat, brown sauce powder (sedikit demi sedikit, sila rasa bila anda meletaknya sebab brown sauce adalah masin), black pepper. Jika kepekatannya agak konsisten, tidak perlu tambah bancuhan tepung jagung.  Bila sauce sudah masak, tutup api dan masukkan cherry tomato dan gaul2 sedikit.

Bila semua bahan2 telah disiapkan, susunlah kesemuanya di dalam pinggan dan ia sudah sedia untuk dimakan.

Curry Pasta Noodle

This entry is something I brought backwards because I was contemplating the idea of publishing it.  It's a simple dish which I think almost anyone who can cook would know how to make this one.  So, I think I'll just post 2 photos I snapped just as a gastronomy, although it isn't beautifully decorated.  However, also to share the little twist I did to the recipe; I substituted the normal noodle with angel hair pasta. To have a nice texture of the pasta, just put water in your pot and heat to boil, slide in your angel hair pasta, stir a little and turn off the heat. Cover your pot and let it stand for about 3-4 minutes.  Toss your pasta under running cold water and drain....and it's ready for consumption.

Here's my Curry Pasta Noodle, my version... to entertain your hungry eyes :-)



Friday, February 10, 2012

Sapphire's Chicken Pie

Am kinda lazy to write a lengthy entry today, so I'm just going to share my chicken pie recipe with you.  First thing first, you gotta make the pie filling...that's the most important part. Some like to make one whole pie in a large pie dish while others like to bake small ones.  I've done both and from my experience, the large one consume a longer time to get baked. Today's recipe is the mini chicken pie which will not take you too long to bake, but you have to spend some time to make the tasty filling and wrapping them into the cute mini pies.

Chicken Pie Filling



Ingredients for the filling

1        can of button mushroom, halved and slice into smaller pieces
1        carrot, diced
2        stalks of  celery, diced
3        medium-sized potatoes, diced
1        red bell pepper, diced
1 1/2  piece of chicken breast, diced
1        cup of frozen peas (optional)
1        large onion, diced
2        cloves garlic
1 tsp  finely chopped ginger
1/2     cup of evaporated milk
salt
pepper
corn flour (dissolved in some water)

*  You can also add paprika and chilli powder for better taste and color


Cooking method
1.     Heat up your wok, pour a little oil caramelize your diced onion and then add in garlic and ginger, then add in your diced  mushroom and stir for a while. This helps to eliminate the "tin" smell off the mushroom.  Then add in one by one, your diced vegetable except the frozen peas - potatoes, carrot, celery, red bell pepper, chicken (stirring each vegetable before adding others).  Pour about a cup of water to help tenderize the vegetables and chicken.

2.     Season your chicken pie filling with salt & pepper, but not with too much salt and also add in evaporated milk. Stir every now and then for even cooking, let the liquid reduce by half then add in the frozen peas, and then add corn flour mixture to thicken the filling.  Please taste and add more salt if needed.

3.     When the sauce of your filling has reduced and thickened as how you want it, let it cool before using it to fill your puff pastry.



Now, after cooking your filling, it's time to make the pie. I would suggest you to buy square puff pastry from the hypermarket, brand name "Kawan" (that's the only square-cut puff pastry I find available in the market. They are much easier to use.  So here is how you make the pie...


Chicken Pie



Ingredients

1      pack of square-cut puff pastry (10pc in a pack)
1     Egg (slightly beaten) to glue the sides of your pastry and for egg wash
Chicken pie filling which you have cooked earlier

Method
1.     Flour your working table/board, and place your pastry on it.  Spoon in your filling (about 1 and a 1/2 teaspoon). Brush the egg on the sides of your pastry and close up 2 corners of the pastry diagonally, giving it a slight pinch to glue the 2 corners. Then start pulling 1 corner to the previously glued corners and crimp the sides.  Do the same with the remaining 1 corner of the pastry. You should get a diamond-shape pie with 4 crimped sides.

1.     Preheat your oven to 210 C, line your baking tray with a baking sheet. Brush the egg wash on your pies before baking.

2.     The pies would normally take about 20-30 minutes to bake through, about 10 minutes before the baking ends, crank up your oven temperature to 220-230 C to give a crunchier crust on the outside of the pastry, bake till golden brown.