Showing posts with label Sauces. Show all posts
Showing posts with label Sauces. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Roasted Vege & Meat Pasta Sauce

One recipe is done. Now, second recipe.  Let's see...owh, alright. Pasta sauce, yes. This is one of the variation I've made on pasta sauces. This is good if you like vegetables, and also might work out if you're trying to serve it to someone who doesn't like vegetables. It worked for me, my brother doesn't like vegetables, but he got fooled by this one :-)


I'm going straight to the point, not at the liberty to waste so much time typing out the recipe. Here goes...


Roasted Vege & Meat Pasta Sauce


tak nampak macam ada banyak sayur dalam ni kan?

tak perlu beli bottled pasta sauce...buat sendiri. :-)




Bahan2:

Vegetables to be roasted at 180C for 40 minutes:
6 biji      tomato (buang biji, potong 4)
2 btg      celery, (dipotong pendek2)
1 btg      carrot, (dipotong pendek2)
2 labu     bawang besar (dipotong 4)
Olive oil
Salt & pepper

Mixed dried herbs/ dried oregano
400 g     ground beef
2 slices   ginger


2 tbsp    butter
2 tbsp    flour
1           beef cube
1 cup     water
2 clove  garlic
3 tbsp    tomato paste
2 tbsp    tomato sauce


Cara membuatnya:
1.     Preheat oven at 180C sebelum menyediakan vege yang nak dipotong2. Setelah vege dipotong, gaulkan dengan sedikit olive oil (minyak masak biasa pun boleh), salt & pepper.  Masukkan ke dalam oven dan panggang selama 40 minit.

2.     Sementara memanggang sayur2an anda, ground beef dibilas sekali dan ditoskan, kemudian terus masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan tanpa minyak.  Letakkan sekali 2 hirisan halia dan sedikit dried herbs dalam 1/4 tsp.  Kacau2 sehinggalah air daging itu kering.  Keluarkan hirisan halia dan ketepikan.

3.     Sayur2 yang telah dipanggang selama 40 minit tadi, diblend dengan sedikit air (just enough to help the vege blends well). Kalau ada juice, bekas2 pepper, kerak2 ke...masukkan sekali.

4.     Panaskan kuali yang digunakan untuk menggoreng daging tanpa minyak tadi dengan api sederhana, masukkan 2 tbsp butter dan 1 tbsp olive oil atau minyak masak, kemudian masukkan 2 tbsp tepung, kacau2 dalam 1 minit, kemudian masukkan 1 cawan air serta 1 beef cube.  Teruskan mengacau supaya tepung tidak berketul.  Bancuhan tersebut akan memekat sedikit, masukkan daging yang telah digoreng tadi. Kemudian sayur2 yang telah diblend juga dimasukkan, bersama2 dengan tomato paste dan tomato sauce. Parutkan 2 ulas bawang putih ke dalam sos yg sedang dimasak itu.

5.     Masukkan 1/4 dried herb/ oregano ke dalam meat sauce tersebut.  Biar kuahnya memekat, baru lah tambah lagi tomato paste dan tomato sos jika anda suka lebih rasa tomato. Jika tidak, sukatan dalam recipe sudah memadai.  Tambah garam dan black pepper jika perlu.  Kecilkan api dan tutup periuk dengan renggang sehingga terbit minyak sambil mengacau sesekali.  Bila sudah mencapai kepekatan yang anda kehendaki, boleh lah padamkan api dan dihidangkan bersama pasta pilihan anda. 

Nota: meat sauce ini tahan lama jika disimpan di dalam peti ais atau freezer. Saya kalau buat meat sauce selalunya banyak dan saya suka simpan. Rasanya lebih sedap bila telah disimpan satu malam sebab sos akan sebati dengan daging.

Thursday, March 29, 2012

Sambal Berlada Minang

Recipe untuk sambal ini saya dapat dari blog makcik saya yang juga rajin memasak. Kalau rajin, jenguk2lah ke blog makcik saya, di izaloma.blogspot.com

Ini dah masuk entry ke 3 saya buat hari ni, mata dah letih, jadi saya copy paste jer dari blog makcik saya ke sini... with a little modification I made here and there.


Sambal Berlada Minang



Bahan-bahan:

20     batang cili merah hidup
2       biji bawang besar - dihiris membujur, kasar2
2       biji tomato segar - dibuang bijinya dan didadu
1/2    kiub ikan bilis Knorr
garam secukup rasa
brown sugar secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara memasak:

1.     Lada dibasuh, dipotong kecil dan blender dengan air dalam 3/4 cawan blender agak kasar kemudian di tapis, air lada di buang sebab gunakan lada sahaja.

2.     Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang yang dihiris atau di dadu hingga layu dan berbau harum, tak perlu sampai perang atau garing, masukkan lada yang ditapis tadi, balik2kan hingga agak garing lada ini dan naik minyak. Apinya biar kecil sahaja.

3.     Masukkan gula, dan garam, kiub ikan bilis diikuti dengan buah tomato yang didadu. Balik2 kan sehingga sambal mesra dan sebati, kemudian padamkan api.

Thursday, February 16, 2012

Sapphire Sauce

Sapphire sauce ini saya bancuh sendiri, sesuai untuk dijadikan sos cicah atau diguna dalam masakan. Saya share recipenya dengan kawan2...

Sapphire Sauce

Bahan-bahannya
3 tbsp     tomato ketchup (tomato sause)
2 tbsp     chilli sauce
1 tbsp     oyster sauce
1 tbsp     Maggi seasoning sauce
1 tbsp     AgroMas Chilli Kicap
1 tbsp     lemon juice
1 tbsp     brown sugar
4 tbsp     hot water

Cara membuatnya
Campurkan kesemua bahan2 di dalam satu mangkuk, digaul rata kemudian dimasukkan ke dalam botol sos dan simpan di dalam peti ais.  Ianya tahan lama.