Quick Scrambled Eggs
The scrambled eggs...maaf, kualiti gambar kurang memuaskan. |
Bahan-bahan
3 biji telur
1/4 bahagian red capsicum (dipotong dadu)
Segenggam fresh button mushroom, dihiris tebal
1 sudu makan susu
Salt & pepper untuk rasa
Untuk hiasan:
Hirisan daun sup & daun bawang
Caramelized onion
Cara memasak
1. Pukul telur bersama susu, garam, black pepper.
2. Panaskan frying pan, letak sedikit minyak dan gorengkan sebentar capsicum merah dan cendawan (sebentar saja! jangan sampai garing pulak)
3. Tuangkan bancuhan telur ke atas capsicum dan cendawan, kacau sedikit. Apabila bahagian bawah telur sudah mula masak, kacau sekali lagi. Biarkan dalam setengah minit, kemudian tutup api. Kacau sekali lagi, dan alihkan ke dalam pinggan hidangan anda.
4. Hiasi dengan daun sup, daun bawang dan caramelized onion. Sedia untuk dimakan dengan roti sebagai sandwich telur.
Nota: Jangan kacau telur terlalu banyak kali, 3x sudah memadai; dan jangan masak telur terlalu lama, telur akan menjadi kenyal (rubbery) dan kering.
No comments:
Post a Comment