Potato Salad
Dressing masih belum diserap habis oleh kentang, sb tu nampak macam sup. |
Bahan-bahannya:
4 biji ubi kentang yang sederhana besar
2 ulas bawang putih
sedikit garam
Salad dressing:
2 sudu makan mustard
2 sudu makan low fat plain yoghurt
1 sudu makan madu
4 sudu makan EVOO (Extra Virgin Olive Oil)
1/2 sudu teh coarse black pepper
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh brown sugar
1/4 sudu teh cayenne pepper (dimasukkan akhir sekali)
hirisan parsley (kalau suka)
* bahan asas salad dressing ini adalah mustard dan yoghurt. Bahan2 lain boleh lah anda ubahsuai sukatannya mengikut selera anda sendiri. Sukatan yang saya beri adalah anggaran sahaja sebab saya pun tak ingat sangat sukatan sebenar. So kalau suka manis, tambah madu atau sugar brown, kalau suka masam tambah perahan lemon.
Cara memasak:
1. Potong dadu kentang dalam size yang mudah dimakan dan cepat masak, ketuk bawang putih; masukkan semuanya ke dalam periuk, masukkan air dan rebus kentang sehingga empuk. Toskan.
2. Campurkan bahan2 dressing dalam sebuah mangkuk dan curah ke atas kentang yang telah direbus dan ditoskan serta gaulkan ketika kentang rebus sedang panas.
3. Taburkan sedikit cayenne pepper dan hirisan daun parsley di atas salad kentang dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment