Monday, September 10, 2012

Molten Chocolate Cake

Assalamu'alaikum wbt semua...

Dah lama tak share recipe. Baru perasan, last entry was 2 months ago. Bukan apa... busy dan takde recipe menarik untuk saya share dengan kawan2 semua.

Sebelum saya teruskan, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua...maaf zahir dan batin...kalau ada kekhilafan walau pun in alam vertual ni, harap maafkan lah ya.

Semalam family day bagi saya. Mak, Ayah & Ayahnya si Luqman pulang ke JB, dan yang ada di KL adalah Harritz sekeluarga serta adik bongsu saya, Bill.  Saya rasa dah lama tak masak2 untuk adik2...jadi semalam saya ajaklah daddy & mummy Harritz membawanya ke apartment saya. Masakan untuk lunch tak sempat saya snap gambar2nya...terlupa sebab laparrrr sangat kami ni semua. Jadi setelah menghidang, kami pun terus la makan. Walau bagaimana pun sempat saya bake Molten Chocolate cake.  Saya mmg tak pernah bake kek tersebut sebab ingatkan leceh nak membuatnya.  Memikirkan adik2 ada di apartment saya, maka hasrat untuk mencuba saya laksanakan juga.  Saya belek banyak recipe kek tersebut untuk mencari kaedah yang paling muda untuk dibuat.

Belek punya belek punya belek, saya rasa saya cuba saja lah ubah2 sedikit recipe untuk mempermudahkan lagi pembikinannya. Dalam hati, harap2 menjadi lah...Alhamdulillah menjadi. So boleh lah saya kongsikan resipinya dengan anda semua. Jom kita lihat bahan2 yang diperlukan.


Molten Chocolate Cake (Larva Cake)



Larva di tengah2 kek

Ramekin yang saya gunakan untuk membakar kek



Bahan-bahannya:

4      sudu makan butter (saya guna salted, kalau guna unsalted anda tambah la garam sedikit)
1/3   cup gula halus (saya buang 1 sudu makan dari 1/3 cup itu)
1/3   cup tepung gandum (saya ayak dulu)
3      biji telur
250  gram cooking chocolate (saya gunakan chocolate chips sebab takde cooking chocolate)
125  ml susu
6      biji ramekins (bekas bulat2 untuk membakar kek) ATAU boleh menggunakan muffin tin
sedikit butter dan gula halus untuk disapu & ditabur di dalam ramekins/muffin tin.

* Untuk hiasan: icing sugar untuk dusting, whipped cream (kedua2nya optional)


Cara membuatnya
1.     Panaskan oven pada 200 C, sementara itu sapukan butter pada ramekins/muffin tin (adunan ini cukup untuk 6 bekas sahaja) dan taburkan gula halus pada dasar dan tepi ramekin/muffin tin, gula yang berlebihan dikeluarkan (kalau tak nanti manissss kek nya)

2.     Panaskan cooking chocolate (saya guna chocolate chips) yang dicampur dengan 125 ml susu sehingga cair.  Saya gunakan microwave oven on high selama 4 minit. Kalau anda rajin, buatlah kaedah double boiler.

3.     Dengan mixer, pukul butter dengan gula hingga kembang, kemudian masuk telur satu persatu, pukul hingga kembang. Kemudian masukkan tepung, pukul sedikit lagi supaya ianya bercampur sebati dan akhir sekali masukkan chocolate yang telah dicairkan tadi, pukul sedikit lagi supaya sebati.

4.     Setelah itu, bahagikan sama rata untuk 6 ramekin atau muffin tin, dan bakar selama lebih kurang 10 minute, sehingga bahagian atas kek agak masak dan tidak nmpk cair dan tidak melimpah bila ramekin/muffin tin digoyang.  Jangan bakar lebih dari 15 minit kerana nanti kek tersebut masak sepenuhnya... takde la "larva" di tengah2 kek, kan?

5.     Setelah 10 minit, keluarkan dari oven untuk sejuk selama lebih kurang 10 minit, kemudian boleh dihidangkan dengan menabur icing sugar di atasnya (kalau mahu) dan whipped cream (juga kalau mahu).

Kek ini agak mudah untuk dibuat, dan sesuai kalau dibuat jika ada tetamu yang datang tanpa memberitau awal2. Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment