Saya ni dah lama nak buat scones...tapi asyik tak terbuat2 sebab bila melihat recipe2 dari internet dan TV, kebanyakannya menggunakan heavy cream. Saya cuba elak penggunaan bahan2 yang sangat tinggi calories dan cholesterolnya...tapi bila tengok makcik saya pula dah buat scones terlebih dahulu, saya menggerakkan hati untuk membuatnya sendiri. Asyik merasa scones dari kedai yang manis2 belaka...harus jugalah buat sendiri. Ada pun recipe scones ini saya olah balik supaya tidak terlalu manis dan tidak pula terlalu menggemukkan.
So, without further ado...let's check out the simple recipe.
Cranberry Orange Scones
Ingredients:
3 cups flour
2 tbsp baking powder
1/2 tsp salt
1 cubed cold butter (225gm)
1 cup buttermilk
1 orange (just the zest)
1/2 cup dried cranberries
1/3 cup brown sugar (white, if you prefer) atau lebihkan kalau suka manis
Icing sugar for dusting
Egg wash for glazing
Method (saya tulis in Malay yer...senang sket faham)
1. Ayak tepung bersama garam dan baking powder ke dalam mangkuk yang cukup besar. Kemudian campurkan brown sugar atau gula halus dan orange zest (kulit orange yang diparut) ke dalam tepung yang telah diayak tadi.
2. Gaulkan cubed butter dengan tepung (crumbling) tapi tidak perlu sehingga butter hancur. Kemudian gaulkan dried cranberries dan kemudian uli dough dengan buttermilk. Jangan uli terlalu lama kerana dough ini adalah dough sejuk.
3. Gunakan ice cream scoop sebagai acuan, atau kalau takde ice cream scoop, gunakan senduk kecil (saya guna senduk kecil) dan letak di atas loyang non-stick atau kalau takde loyang non-stick, alaskan loyang yang anda ada dengan parchment paper supaya tidak melekat bila dibakar nanti.
4. Masukkan sebentar loyang ke dalam peti ais selama lebih kurang 15 minit. Sebelum dibakar, sapukan dengan telur yang dipukul. Panaskan oven pada 200 Celcius, scones dibakar dalam 20-25 minit.
No comments:
Post a Comment