Okay, this is is a super simple cheese cake, so let's check out the recipe.
Cheese Cake
Gunakan loyang springform yg boleh dibuka tepinya |
Hiaskan dengan strawberry filling |
makan sambil ber FB...yeeehaaaaaaa! |
Ingredients:
A. Crust
35 pairs Oreo cookies (buang cream di tengah nya) crushed finely
1/3 - 1/2 buku butter dicairkan
B. Cheese cake
1 kg cream cheese (Philadelphia Cream Cheese for the best taste)
3/4 cup castor sugar (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa sendiri)
1 biji lemon (ambil parutan kulitnya sahaja)
200 ml whippping cream (1 kotak kecil)
Strawberry fruit filling (ada dijual di kedai bahan2 membuat kek)
Springform baking tin (lihat gambar nanti)
Cara membuatnya:
1. Cream cheese dan whipping cream hendaklah digunakan pada suhu bilik
2. Hancurkan biskut oreo menggunakan food processor, kemudian digaul dengan butter yang telah dicairkan. Letakkan campuran itu pada dasar loyang springform yang telah dialas dengan plastic supaya mudah dikeluarkan nanti. Tekan dan ratakan. Kemudian letak loyang dalam peti ais, sambil itu boleh lah sediakan adunan cheese cake pula.
3. Cream cheese dicampur dengan lemon zest dan castor sugar dan putar dengan mixer sehingga lembut.
4. Putar whipping cream dalam 7 minit, kemudian campurkan dengan cream cheese tadi dan diputar sekali lagi.
5. Tuang separuh cream chese yang telah diputar tadi ke dalam loyang berisi pie crust yang telah disejukkan. Kemudian tuangkan sedikir strawberry fruit filling (jangan terlalu banyak) dan gunakan chopstick dan lakar sedikit corak (tujuannya hanya untuk "marbling" cheese dengan fruit filling tersebut), kemudian tuangkan baki adunan cream cheese dan ratakan di atasnya.
6. Sejukkan cheese cake tadi di dalam peti ais selama 24 jam (seeloknya) baru dikeluarkan dari springform baking tin dan dialih ke pinggan hidang kek anda. Kek ini perlu disimpan sejuk, kalau lama2 di di suhu bilik nanti lembik. Kek ini boleh disimpan dalam 5 hari di dalam peti ais.
7. Hidangkan dengan menuang strawberry fruit filling di atasnya.
Selamat mencuba!
Kena try ni...mcm best jer,...
ReplyDeleteDo try, Atan. :)
ReplyDelete