Cinnamon Rolls
Sebelum dibakar |
Selepas dibakar |
Sedia untuk dimakan |
Yummilicious! |
Dough
1 packet + 1 sudu teh yeast segera + 1 sudu teh gula
1/2 cawan air suam
1/2 cawan susu yang dipanaskan (jgn sehingga mendidih)
1/4 cawan gula halus
1/3 cawan mentega yang dicairkan
1/2 sudu teh garam halus
1 biji telur
3 1/2 cawan tepung gandum
Inti
1/4 cawan mentega cair
1/2 cawan gula halus (saya guna brown sugar, jadi tak manis)
1 1/2 sudu makan serbuk cinnamon
* 3/4 cawan kismis (saya guna cranberry)
* 3/4 cawan walnut yang dicincang (saya guna almond nibs)
Nota: bahan bertanda * kalau tiada pun tak mengapa
Glaze
2 sudu makan mentega pada suhu bilik
1 cawan (mungkin kena tambah 1-2 sudu makan lagi) icing sugar
2 sudu makan air panas
1 sudu teh esen vanilla (letak 1/2 sudu teh dahulu, kalau tak cukup baru tambah lg)
Cara membuat dough
1. Campur yeast dan 1 sudu teh gula dengan 1/2 cawan air suam di dalam mangkuk, biarkan ia naik. (lebih kurang 5-10 minit)
2. Panaskan susu tapi jangan sampai mendidih.
3. Masukkan 2 cawan tepung di dalam bekas yang cukup besar, campurkan garam, 1/4 cawan gula, mentega yang telah dicairkan, susu dan yeast yang telah naik tadi, gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan lebihan tepung tadi dan uli selama 5-10 minit lagi.
4. Griskan bekas mengadun anda dgn sedikit mentega supaya dough tidak melekat bila hendak digunakan nanti.
5. Tutup bekas mengadun tadi dengan tuala dan biarkan dough selama 1 jam hingga 1 1/2 jam.
Cara membuat roll
1. Setelah dough naik sekali ganda (selepas sekurang2nya 1 jam), tekan2 doh dalam bentuk rectangle (segi empat tepat) supaya senang digulung nanti.
2. Sapu mentega cair atas dough, taburkan campuran gula + serbuk cinnamon, kismis (saya guna cranberry) dan walnut cincang (saya guna almond nibs).
3. Gulung dough dengan kemas, potong sedikit kedua belah tepinya, kemudian potong 9, 12 atau 15 (mengikut anggaran sendiri bagi memenuhi loyang membakar anda)
4. Susun potongan roll dalam loyang pembakar yang telah disapukan mentega terlebih dahulu, dengan meletak bahagian yang bergulung di atas (lihat pada gambar). Kemudian tutup dengan tuala dan biarkan selama 45 minit lagi.
5. Panaskan oven anda pada 180 C selama 10 minit dan bakar cinnamon roll selama lebih kurang 30 minit atau sehingga bahagian atas sudah mula nmpk sedikit perang (jangan sampai hangus pula!)
Cara membuat glaze
1. Setelah anda membakar cinnamon roll, boleh lah menyediakan glaze nya pula. Tapi sebaiknya, sediakan glaze ini selepas cinnamon roll anda telah siap dibakar, iaitu sementara menunggu ianya sejuk sedikit.
2. Campurkan icing sugar dengan mentega pada suhu bilik dan esen vanilla serta 2 sudu makan air panas. Kalau icing sugar anda berketul2, hancur2kan dulu supaya senang mengacau. Jika masih berketul, anda boleh masukkan ke dalam microwave oven selama 15-20 saat suhu tinggi.
3. Apabila cinnamon roll anda sudah sejuk sedikit, tuangkan glaze di atasnya.
SELAMAT MENCUBA!
Nota:
1. Bagi yang pertama kali membuat, janganlah risau jika roll anda tidak berapa kemas, kalau practise membuat cinnamon roll ini beberapa kali, ia akan cantik.
2. Dough ini tidak berapa manis jika menggunakan brown sugar, tapi rasanya kalau ikut sukatan yang saya berikan di atas mungkin tidak terlalu manis juga. Yang memaniskannya adalah glaze yang dituang ke atasnya.
3. Perlu saya ingatkan, kalau kawan2 membuat cinnamon roll, nikmatilah secepat mungkin dan habiskan pada hari yang anda membuatnya. Kalau disimpan hingga ke esok hari, ianya akan jadi keras.