Thursday, March 29, 2012

Quick Version Chicken Rice

This recipe goes along with the baked chicken drummets with roasted vegetables.  I decided to separate the two recipe for easy reading.  At first I just thought of  the baked chicken, tapi terfikir pula...kalau buat baked chicken tu tapi takde nasi tak sedap pulak.

Oleh kerana saya tinggal berdua sahaja dengan adik saya di apartment, maka saya jarang menggunakan periuk nasi elektrik melainkan nak masak nasi banyak2. Jadi hari ini saya nak kongsi cara memasak nasi secara manual. Saya masih menggunakan dual gas stove di apartment saya walau pun sekarang ni sudah ada dapur induction, dapur elektrik dan entah apa lagi lah jenis dapur2 yang moden ni.

So, let's check out the recipe for the quick version chicken rice.


Quick Version Chicken Rice

Nasi ayam yang telah masak dan digaul supaya gebu  


Bahan-bahan:

2     pot beras
2     pot air
1     biji garlic
1     sudu makan butter
1     sudu makan minyak masak
1     kiub ayam Knorr
sedikit garam jika perlu


Cara memasak:

1.     Cuci beras dengan bersih dan toskan
2.     Panaskan periuk dengan api sederhana dan masukkan butter dan minyak serta garlic yang diketuk sedikit
3.     Masukkan beras yang telah ditoskan tadi dan dikacau sedikit
4.     Masukkan air dan kiub ayam Knorr dan tambah garam jika perlu.
5.     Biarkan air nasi agak kering, kemudian kecilkan api dan tutup periuk, dan hempapkan tutup periuk dengan lesung batu.
6.     Wap air akan keluar dari celah tutup periuk, biarkan selama 3-4 minit kemudian tutup api.
7.     Biarkan selama 15-20 minit, baru kacau nasi yang telah masak supaya ianya gebu dan lerai.


Memasak nasi cara begini lebih cepat siap dari menggunakan periuk nasi elektrik terutama jika memasak untuk kuantiti yang sedikit.  Selamat mencuba.

Monday, March 26, 2012

Gila Sandwich!

I LOVEEEEE sandwiches!  Sangat2 suka, sebab bagi saya, sandwich adalah makanan yang paling mudah untuk disediakan.  Ianya juga adalah antara kategori makanan yang tidak terlalu tinggi kandungan kalorinya, bergantung kepada roti yang digunakan, inti yang digunakan, juga sapuan yang digunakan.  Saya tergerak untuk membuat koleksi sandwich di dalam blog saya ini.  Dari masa ke semasa bila ada idea dan sudah dilaksanakan, saya akan kongsi bersama rakan2 semua.

Kenapa saya suka sandwich? Di antara sebab penting adalah kerana ia mudah untuk disediakan. Ada sandwich yang semudah menyapu butter pada roti dan taburkan gula di atasnya.  Itulah di antara sandwich pertama yang mak saya ajar untuk buat sewaktu kecil dahulu, ketika sudah pandai mengorek isi peti ais dan kabinet dapur untuk menyediakan makanan mudah untuk diri sendiri.  Jika anda berusia sekitar umur saya yang sudah hampir 42 pada tahun ini, saya yakin anda juga pernah makan sandwich roti disapu Planta atau butter dan ditabur gula. Sandwich apa lagi ya... peanut butter & jelly, sandwich telur rebus yang dilenyek dan dicampur mayonnaise dan black pepper...sekadar menamakan beberapa contoh sandwich yang dulu2 saya biasa makan.  Tapi bila dah selalu sangat makan sandwich telur tu mula rasa muak, jadi saya mula jadi lebih creative dan mencipta inti sandwich yang lebih sedap dan dengan sedikit kelainan untuk mengisi selera saya.

Ada satu recipe yang telah saya kategorikan di bawah "Sandwiches" untuk anda cuba. Akan saya tambah recipe lain agar dapat anda nikmati sendiri tanpa perlu membeli di luar lagi.  Anda juga akan dapat mengawal penggunaan bahan2 yang berkalori tinggi dengan sendiri, mengikut keperluan masing2.

Thursday, March 22, 2012

Breadcrumbed French Toast

I was supposed to upload this entry before the previous one, but it got delayed. So here is the recipe for this simple dish.  Good for breakfast or tea time. :-)


Breadcrumbed French Toast

It's crunchy on the outside and soft and savory on the inside


This is how a baguette looks like, in case you don't know.



Ingredients:

4       slices of French baguette (thickly sliced and quartered)
2-3    eggs    
1       big pinch of dried herbs - oregano/ thyme/ rosemary or simply mixed herbs
1       tablespoon evaporated milk
some oil to fry
Breadcrumbs
Salt & pepper


Method:

1.     Combine eggs, dried herbs, evaporated milk, salt & pepper in a bowl and whisk.

2.     Dunk in the quartered baguette into the egg mixture and let it coat lightly, then transfer into your plate of breadcrumbs. Coat thoroughly with breadcrumbs and then fry in your frying pan on a medium heat. Turn over when it turns light golden brown. Don't wait till it turns to a full golden brown or it may burn quick.

Best served with you favorite sauce or I would suggest mushroom soup.  Otherwise, it's good on its own. Owh, one more thing... eat it while it's hot because the crunch doesn't last very long.

Wednesday, March 21, 2012

Curried Butter Prawn

Hari ni rasa malas je nak masak, lagi pun pagi tadi dah buat "Breadcrumbed French Toast" untuk breakfast.  Cuaca yang sangat panas ni membuat saya rasa dehydrated dan lemah. Namun kerana nak menyediakan juga juadah makan malam untuk adik tersayang, Bill; saya gagahkan juga diri ini untuk ke dapur.Nasib baik jugalah pagi tadi saya telah keluarkan udang dan cili boh dari freezer. Tinggal masak saja.  Dari 2 jam lepas kepala ni asyik cuba memikir apa yang nak dimasak...something quick and with least hassle.  Tak juga dapat idea.  Akhirnya melangkah sajalah ke dapur dan mulakan dengan memotong bawang. Siap juga masakan campak2 saya ni, dan rasanya sedap juga.  Sepatutnya saya kongsikan dahulu resipi sarapan pagi tadi kan?... Tetapi kerana saya belum mencatit resipi udang ini, saya dahulukan supaya tidak terlupa bahan2 yang saya gunakan dan sukatannya.



Curried Butter Prawn






Bahan-bahannya (untuk 2 orang makan):
2     cawan udang hidup yang besar atau sederhana besar
3     biji bawang merah dicincang
2     biji bawang putih dicincang
3-4  keping hirisan halia
2     sudu makan butter
1     sudu makan minyak masak
1     sudu makan serbuk kari
1     sudu makan cili boh
1     tangkai daun kari
1/2  cawan air
1/3  cawan susu cair
3     sudu makan Sapphire Sauce
1     keping asam gelugur (jika suka masam)
sedikit garam


Cara memasak:

1.     Udang dibersihkan, saya lebih suka biarkan kulitnya sebab lebih manis rasanya nanti.

2.     Panaskan periuk, masukkan 1 sudu makan butter dan 1 sudu makan minyak masak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, setelah naik baunya masukkan daun kari.  Kemudian masukkan serbuk kari dan cili boh. Kacau2 sedikit.

3.     Masukkan udang, setengah cawan air dan sepertiga cawan susu cair. Letakkan garam, Sapphire sauce dan asam gelugur. Akhir sekali, masukkan 1 sudu makan butter ke dalam kuah. Apabila udang telah masak dan terbit minyak, matikan api. Lauk udang telah pun sedia untuk dihidangkan.



*Nota:

Udang tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dimasak. Saya rasa tidak lebih dari 10 minit untuk menyediakan masakan ini.

Monday, March 19, 2012

Shepherd's Pie

Ini entry yang sepatutnya saya post 2 Ahad lepas, tetapi kerana tidak berkesempatan saya tertangguh sehinggalah ke hari ini. Shepherd's pie ni senang saja untuk dibuat, intinya terpulang kepada kita utk mempelbagaikannya.  Oleh kerana kita ni orang Melayu, jadi saya telah meMelayukan Shepherd's yang saya buat ini. Tak perlulah saya type panjang berjela2 lagi tentang juadah ini, saya kongsi dahulu resipinya.  Walau bagaimanapun oleh kerana saya nak cepat siapkan, saya kurang ingat sukatan bahan2, jadi lebih kurang saja lah nampaknya...tidaklah begitu sukar, anda boleh tambah atau kurangkan sendiri bahan2 yang perlu disediakan untuk membuatnya. Pie ini terhasil dengan 2 lapisan; inti daging di bahagian bawah, dan mashed potato di bahagian atasnya.


Shepherd's Pie








A.   Inti Daging

Ramuan2 nya

1     packet daging kisar (selalunya 40gm setiap pack)
1     sudu teh mixed herbs atau oregano
1     batang carrot dipotong2 halus sepanjang lebih kurang 2 cm
1     tin cendawan butang, dibelah 2 kemudian dihiris membujur
1     senduk kecil cili boh, atau lebih kalau suka pedas
2     senduk kecil tomato paste
1     senduk kecil tomato sos

1     labu bawang besar, dipotong dadu
2     helai daun salam (bay leaf)

sedikit garam
sedikit brown sugar

2     biji bawang putih   -       kedua bahan ini ditumbuk halus
1/2  inci halia                -


Cara memasak:

1.     Daging dibilas sedikit dengan air dan ditos, kemudian digoreng tanpa minyak di dalam kuali tanpa minyak. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus, mixed herbs atau oregano yang diramas2 dan garam. Goreng sehingga airnya kering. Setelah kering, angkat daging dan ketepikan.

2.     Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumis cili boh sehingga terbit minyak, kemudian masukkan cendawan yang dihiris, dibalik2 seketika, masukkan tomato paste dibalik2kan dan masukkan hirisan carrot. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng kering tadi dan masukkan tomato sos serta daun salam.  Tambah garam dan gula, dan jangan lupa rasa dahulu. Biarkan sos daging kering sedikit. Biarkan sejuk.


B.     Mashed potato

Ramuan2 nya

7-8   biji ubi kentang sederhana besar, dipotong sederhana besar & sama saiz supaya masak rata
1/2   tin susu cair
1/3   buku butter (boleh tambah atau kurangkan ikut selera masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam kasar
sedikit serbuk paprika (takde pun takpe)


Cara memasak:

1.     Stimkan kentang sehingga empuk.

2.     Kentang dilecek bersama butter dan susu cair. Taburkan garam dan rasa. Tambahkan jika perlu.

3.     Letakkan serbuk lada hitam kasar. Jika kentang terlalu pekat, tambahkan susu cair sedikit.


Cara menyediakan Shepherd's Pie:

1.     Panaskan oven pada suhu 180 C.

2.     Sapukan bekas yang nak digunakan untuk membakar dengan sedikit butter. Ratakan inti daging di dalam bekas, kemudian ratakan pula mashed potato dia atasnya. Taburkan sedikit serbuk paprika di atasnya (tak letak pun takpe)

3.     Bakar di dalam oven selama setengah jam. Sejukkan sebelum makan.


*Nota:

Shepherd's Pie ini lebih sedap jika disimpan sehari sebelum makan.

Tuesday, March 6, 2012

Luqmanku Sayang...

I see him grow although not under my nose.  He's my first nephew and he's now 7 months young. He is SO adorable, I'd gaze at his photos every day and night. He's so active now that he loves to leap every time anyone holds him.  I noticed each time I sang a rhyme, he'll be leaping of his feet without fatigue.  Here's how the rhyme goes:


...cat loncat loncat
Luqman suka loncat
Luqman loncat loncat
Loncat sampai penat.

...and if I were to sing the rhyme again, he'd jump again and again! This is how Luqman look like after he leaps...

My sweetheart Luqman :-)


Thursday, March 1, 2012

Home Made Chapati

Tekak saya dari semalam teringin sangat nak makan chapati...tapi bukan yang dibeli di restoran mamak atau yang instant di hypermarket.  Pulang dari gym saya singgah di Speedmart untuk membeli tepung atta sebab nak buat chapati sendiri.  Malam tadi dah pasang angan2, pagi ini nak makan chapati cicah lauk asam pedas yang saya masak semalam.

Saya sedang dalam diet yang rendah kalori, jadi saya tahu mmg chapati lebih rendah kalori dan dari nasi dan sangat mengenyangkan.  Doctor peribadi saya pun kata chapati lebih bagus dari nasi untuk diet yang low-carb dan low-calories. Saya copy & paste kan nutrition fact dalam sekeping chapati untuk anda lihat:



Nutrition Facts
Serving Size 1 piece (40g)
Amount Per Serving
Calories from Fat 30
Calories 120
% Daily Values*
Total Fat 3g5%
Saturated Fat 2g10%
Trans Fat 0g
Cholesterol 0mg0%
Sodium 70mg3%
Total Carbohydrate 19g6%
Dietary Fiber 0g0%
Sugars 1g
Protein 3g
Vitamin A -Vitamin C -
Calcium 1%Iron 2%
*Percent Daily Values are based on a 2000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.



BERBANDING nasi yang biasa kita makan:


Nutrition Facts
Serving Size 1 cup
Amount Per Serving
Calories from Fat 3
Calories 242
% Daily Values*
Total Fat 0.35g1%
Saturated Fat 0.095g0%
Polyunsaturated Fat 0.093g
Monounsaturated Fat 0.108g
Cholesterol 0mg0%
Sodium 0mg0%
Potassium 48mg
Total Carbohydrate 53.44g18%
Dietary Fiber -
Sugars -
Protein 4.39g
Vitamin A 0%Vitamin C 0%
Calcium 0%Iron 15%
*Percent Daily Values are based on a 2000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.

Nutrition Values are based on USDA Nutrient Database SR18






Pagi ini mood saya pun agak bagus, hati pun sudah melonjak nak buat chapati sendiri.  Saya nak share recipe nya dengan kawan2. Recipe ini sesuai untuk makan 2 orang, sebab bole dapat 4 keping. Ianya sangat mudah untuk disediakan, cuma perlu luangkan masa untuk simpan dough sekurang2nya setengah jam sebelum dicanai.


Home made chapati


Chapati saya agak bulat!  Yeay!!


My breakfast for today - chapati cicah kuah asam pedas
dan kopi habbatus sauda



Bahan-bahan
1     cup tepung atta
1/2  tsp garam
1/3  cup air suam (mungkin 1-2 sudu makan lebih bila diuli nanti
1     tbsp minyak masak
Sedikit miyak ghee


Cara membuat
1.     Gaulkan tepung atta dan garam, masukkan minyak masak dan air serta uli. Untuk meleraikan dari jari2, mungkin perlukan satu sudu makan tepung atta lagi. Jika adunan agak keras tambahkan satu atau dua sudu makan air.

2.     Setelah diuli, tutup dengan tuala dan biarkan dough untuk sekurang2nya setengah jam.

3.     Setelah setengah jam, bahagikan dough kepada 4 bahagian, bulat2kan, celupkan ke dalam tepung atta untuk mengelakkan dari melekat bila dicanai. Canaikan bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam frying pan yang panas (api jangan terlalu besar). Terbalikkan bila bahagian bawah sudah masak. Chapati tidak mengambil masa yang lama untuk masak. Terus masak setiap satu keping yang telah dicanai, kalau dibiar lama atas papan penggolek, akan melekat, sebab adunan ini sangat lembut.

4.     Bila kedua-dua belah sudah masak, sapukan sedikit minyak ghee untuk mengekalkan kelembutan chapati anda.  Sapukan ghee sebaik diangkat supaya terus serap ke dalamnya dan jangan terlalu banyak pula.

Bagi sesiapa yang rajin nak buat chapati sendiri, silalah mencuba recipe saya ini. Sangat mudah nak dibuat tetapi selalunya bagi orang yang tak biasa membuat, ia takkan bulat. Keep practising :-)  Atau shortcutnya, bila dah canai, guna tutup periuk sebagai acuan berbentuk bulat...tapi itu method mengelat la kan?