Wednesday, February 20, 2013

Roasted Vege & Meat Pasta Sauce

One recipe is done. Now, second recipe.  Let's see...owh, alright. Pasta sauce, yes. This is one of the variation I've made on pasta sauces. This is good if you like vegetables, and also might work out if you're trying to serve it to someone who doesn't like vegetables. It worked for me, my brother doesn't like vegetables, but he got fooled by this one :-)


I'm going straight to the point, not at the liberty to waste so much time typing out the recipe. Here goes...


Roasted Vege & Meat Pasta Sauce


tak nampak macam ada banyak sayur dalam ni kan?

tak perlu beli bottled pasta sauce...buat sendiri. :-)




Bahan2:

Vegetables to be roasted at 180C for 40 minutes:
6 biji      tomato (buang biji, potong 4)
2 btg      celery, (dipotong pendek2)
1 btg      carrot, (dipotong pendek2)
2 labu     bawang besar (dipotong 4)
Olive oil
Salt & pepper

Mixed dried herbs/ dried oregano
400 g     ground beef
2 slices   ginger


2 tbsp    butter
2 tbsp    flour
1           beef cube
1 cup     water
2 clove  garlic
3 tbsp    tomato paste
2 tbsp    tomato sauce


Cara membuatnya:
1.     Preheat oven at 180C sebelum menyediakan vege yang nak dipotong2. Setelah vege dipotong, gaulkan dengan sedikit olive oil (minyak masak biasa pun boleh), salt & pepper.  Masukkan ke dalam oven dan panggang selama 40 minit.

2.     Sementara memanggang sayur2an anda, ground beef dibilas sekali dan ditoskan, kemudian terus masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan tanpa minyak.  Letakkan sekali 2 hirisan halia dan sedikit dried herbs dalam 1/4 tsp.  Kacau2 sehinggalah air daging itu kering.  Keluarkan hirisan halia dan ketepikan.

3.     Sayur2 yang telah dipanggang selama 40 minit tadi, diblend dengan sedikit air (just enough to help the vege blends well). Kalau ada juice, bekas2 pepper, kerak2 ke...masukkan sekali.

4.     Panaskan kuali yang digunakan untuk menggoreng daging tanpa minyak tadi dengan api sederhana, masukkan 2 tbsp butter dan 1 tbsp olive oil atau minyak masak, kemudian masukkan 2 tbsp tepung, kacau2 dalam 1 minit, kemudian masukkan 1 cawan air serta 1 beef cube.  Teruskan mengacau supaya tepung tidak berketul.  Bancuhan tersebut akan memekat sedikit, masukkan daging yang telah digoreng tadi. Kemudian sayur2 yang telah diblend juga dimasukkan, bersama2 dengan tomato paste dan tomato sauce. Parutkan 2 ulas bawang putih ke dalam sos yg sedang dimasak itu.

5.     Masukkan 1/4 dried herb/ oregano ke dalam meat sauce tersebut.  Biar kuahnya memekat, baru lah tambah lagi tomato paste dan tomato sos jika anda suka lebih rasa tomato. Jika tidak, sukatan dalam recipe sudah memadai.  Tambah garam dan black pepper jika perlu.  Kecilkan api dan tutup periuk dengan renggang sehingga terbit minyak sambil mengacau sesekali.  Bila sudah mencapai kepekatan yang anda kehendaki, boleh lah padamkan api dan dihidangkan bersama pasta pilihan anda. 

Nota: meat sauce ini tahan lama jika disimpan di dalam peti ais atau freezer. Saya kalau buat meat sauce selalunya banyak dan saya suka simpan. Rasanya lebih sedap bila telah disimpan satu malam sebab sos akan sebati dengan daging.

Carrot Almond Cup Cakes

Hari ni masih lagi tak boleh bekerja sebab kepala berat, flu masih ada dan selsema macam apaaaaa saja.  Tension tul...tapi kena juga lawan kalau tak badan jadi lemah.  Jadi, experiment hari ni adalah carrot almond cup cakes.  Sebenarnya dah berapa hari mencari recipe carrot cake yang pernah dibuat 3 tahun lepas tapi tak jumpa2.  Tekak pula menggelitik nak makan carrot cake...so saya ambil keputusan nak buat recipe campak2 jer.  Alhamdulillah menjadi, maka boleh la saya share dengan kawan2.

Carrot cake selalu dipadankan dengan walnut for the crunch, but because walnut is rather expensive and I'm not really in the mood and in good health to go out, I deciced to use almond slivers instead.   Please don't forget to toast/roast the almond slivers and chop before using them.

Here's my humble "campak2" recipe for the cake:


Carrot Almond Cup Cake


Decorate ikut creativity masing2. Saya guna cream cheese frosting dan tabur grated carrot 

Sesuai untuk minum petang atau bila2 terasa nak makan carrot cake

ini rupa di dalam nya...



Bahan2nya:

Bahan A  (mix all)

125g     tepung gandum (sift 2x)
1/2 tsp  baking powder
1/4 tsp  baking soda
1/4 tsp  nutmeg powder (actually, slightly less than 1/4 tsp)

Bahan B
125g     butter (room temperature)
100g     brown sugar (white granulated sugar, if you prefer)
2           eggs (room temperature)

Bahan2 lain
50 ml    milk
80g       grated carrot (squeeze half the juice out) kalau suka carrot, maybe 100g tu masih okay
50g       chopped roasted almond

Cara2 membuatnya:
Sebelum apa2, sila lah preheat oven to 180C dan spray muffin tin dengan vegetable spray or sapu je dengan butter kalau guna non-stick muffin tin.

1.     Pukul bahan2 B selamat 3-4 minit.
2.     Masukkan bahan2 A, pukul hingga sebati (tak yah la beriya2 sangat, janji ianya sebati), masukkan susu dan pukul sedikit lagi.
3.     Masukkan grated carrots dan almond, gaul sebati dengan spatula.
4.     Bahagikan sama rata ke dalam muffin tin (saya dapat dalam 10 biji cupcakes)
5.     Bakar selama 20 minit. (bergantung kepada oven masing2)...gunakan lah cake tester untuk tengok dah masak atau belum.
6.     Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk seketika kemudian gunakan lah creativity anda untuk menghiasnya.  Selamat mencuba!


Monday, February 18, 2013

Cheese & Scallion Scones

Kalau blog ni adalah buku yang tersimpan di rak, rasanya dah berhabuk blog ni.  Dah berapa lama tak share recipe di sini. Bukan tak nak atau hilang minat, tapi busy laaa.  Kebelakangan ni saya dapat satu passion baru dalam baking, dan saya dah mula menjual hasil baking tu. I'm into baking savory pies these days. Kalau nak tau pie2 yang saya bake, follow la FB saya.

Semenjak hari Sabtu yang lepas badan dah mula sakit2, hidung perit, dan penyakit pun sudah mula menyapa. So, hari ni memang sah sakit...suara pun tak nak keluar dah ni.  Jadi saya duduk sahaja di rumah untuk berehat. Oleh kerana dah banyak recipe2 yang tertunggak maka hari ini saya cuba jugalah menggagahkan diri menghadap netbook ni dan perah sket kepala otak yang memang dah berpusing2 ni. Tapi tak mengapa...demi cinta terhadapa "makan" dan "makanan", saya share juga dengan kawan2.

Recipe pertama yang nak dikongsi kali ini adalah scone.  Kalau Americans panggil "biscuit"...kalau kita biskut tu makanan yang crunchy yang kita makan cicah kopi atau teh di waktu petang. Hahaha... so, nak cerita lah... semalam nak melawan sakit2 badan, saya buat scones ni untuk dibawa ke rumah adik saya di Muar. Saya dan 2 orang adik lagi pergi ke Muar untuk melihat rumah baru seorang lagi adik saya yang tinggal di sana.  Saya kurang suka makanan yang manis2, jadi saya buat scone yang savory...dan semalam, scone yang terhasil adalah cheese & scallion scones.  Kalau kebiasaannya orang guna scone cutter untuk membuat scones ni, saya ambil cara mudah dan cepat. Gunakan saja muffin tin. Tak payah bersusah payah nak terap scone cutter tu dan melekat2 pulak lagi kat jari2 sebab adunannya agak lembik. Hasilnya sama saja.


Cheese & Scallion Scones

Dah siap...panas2 lagi ni.

Boleh disimpan ke dalam bekas yang menarik utk dibawa ke jamuan potluck

Close up look on the scone.


Bahan2:
2        cawan tepung
1 1/2  sudu teh baking powder
1/2     sudu teh baking soda
1/2     sudu teh garam
1/4     sudu teh black pepper (atau lebih, kalau suka)
1/2     sudu teh brown sugar (gula halus biasa pun boleh)
1/2     buku salted butter SEJUK (125 gm) dipotong dadu kecil
3/4     cawan buttermilk SEJUK (anggaran 190 ml)
1/2     cawan grated cheddar cheese
1/4     cawan scallion (daun bawang) yang dihiris


Cara membuatnya:

Sementara nak menggaulkan semua bahan, sapu minyak masak atau olive oil pada muffin tin supaya senang ditanggalkan bila dah masak nanti. Sapu lightly saja tau... jangan lak banyak2, nanti berminyak2 scone tu... serta panaskan oven pada suhu  180 C.

1.     Campurkan bahan2 kering - tepung, baking powder, baking soda, garam, brown sugar, black pepper dan gaulkan hingga sebati.

2.     Kemudian ramas butter sejuk yang dipotong dadu ke dalam campuran tepung (rub in method) supaya ketulan butter menjadi kecil2, (tak perlu sehingga hancur sebab adunan ni perlu dibakar semasa ia masih sejuk).  Selepas itu masukkan cheddar cheese, ramas2 sedikit ke dalam adunan dan kemudian akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.

3.     Sila basuh tangan anda, sebab anda tak perlu mengotorkannya dengan adunan yang melekat2 di jari...masukkan buttermilk dan dengan menggunakan sudu besar, gaulkan adunan hingga sebati.

4.     Perlu diingat adunan ini adalah adunan sejuk, jadi proses meramas butter ke dalam adunan tepung, memasukkan cheese dan daun bawang serta menggaulkan buttermilk ke dalam adunan hendaklah dilakukan secepat mungkin. Saya rasa paling2 lama pun 10 minit saja.

5.     Sendukkan adunan ke dalam muffin tin yang telah disapu minyak. Muffin tin ada 12 lubang, jadi bahagi2kanlah sama rata ke dalam tiap tin.  Sesudah itu terus bakar dalalm oven selama 20-25 minit sahaja.

6.     Bila dah masak, keluarkan muffin tray tu dan biar sejuk seketika, kemudian keluarkan scone dan boleh dihidang.

Nota:  Lebih enak dimakan dengan sapuan butter atau black pepper sauce atau pun mushroom sauce sewaktu ia masih panas.