Tuesday, May 28, 2013

Baked Pasta

Another baked entry, for those who love pasta. This is my twist to the recipe. Masing ada citarasa sendiri, dan yang ini adalah mengikut citarasa saya sendiri. Saya menggunakan pasta conchigli yang rupanya seperti kulit kerang, tapi anda boleh menggunakan makaroni jika lebih menyukainya. So mari kita lihat bahan2 untuk membuatnya.


Baked Pasta


dibakar dalam loyang supaya tidak tumpah ke atas dasar oven.

I love the brown crust topping!


sos daging di bahagian tengah


kerak atas yang crunchy



Bahan2:

3     cawan     pasta conchigli atau macaroni
400 gram       daging kisar
2     batang    carrot dihiris halus seperti mancis
2     biji          tomato dibuang biji, dipotong dadu
1     biji          bawang besar, dipotong dadu
1     tin           cendawang butang, dihiris sederhana nipis
1     senduk sederhana cili boh
2     senduk sederhana sos tomato
2     sudu makan tomato paste
2     sudu makan sos Worcestershire sauce
2     sudu makan Maggi Seasoning (kicap maggi dalam botol)
1     cawan air
2     sudu makan butter
sedikit minyak masak
sedikit garam
sedikit black pepper


Bahan untuk digaul bersama pasta:
3/4   cawan    heavy cream
1/2   cawan    grated cheddar cheese
1/2   tsp         dried basil* kalau takde pun takpe (boleh diganti dengan daun sup yang dihiris halus)
2      biji         telur
sedikit black pepper

* Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk yang muat untuk masukkan pasta yang telah dicelur, pukul sedikit supaya sebati.

Bahan untuk ditabur atas pasta yang akan dibakar:
1/2    cawan    grated cheddar cheese
1/2    cawan    breadcrumbs


Cara menyediakan pasta:
1.     Masak air dalam periuk, bila sudah mendidih, letakkan garam kasar dalam 1-2 sudu makan, masukkan pasta. Kacau2 supaya tidak melekat. Jangan celur terlalu masak, nanti hancur bila digaul dan dibakar. Bila sudah masak, tapis dan lalukan air sejuk supaya pasta tidak terus kembang lagi.

2.     Gaulkan pasta yang telah disejukkan dan ditapis bersama bahan2 yang telah dibancuh di dalam mangkuk tadi.


Cara menyediakan inti:
Sementara anda celur pasta tadi, masaklah inti yang akan diletak sebagai lapisan tengah pasta bakar anda. 

1.     Masak daging kisar di dalam periuk tanpa minyak atau air. Lerai2kan daging, letakkan sedikit garam dan kacau2 sehingga air daging itu kering. Bila sudah kering, ketepikan.

2.     Dalam kuali/periuk bekas memasak daging tadi, panaskan butter dan minyak, tumiskan bawang besar yang didadu, kemudian masukkan cendawan yang telah dihiris, kacau2 sedikit, kemudian masukkan hirisan carrot. Setelah itu, masukkan cili boh, kacau sedikit, biarkan terbit minyak, kemudian masukkan tomato paste, tomato sos, Maggi seasoning, Worcestershire sauce, dikacau2 kemudian tambah 1 cawan air. Kemudian masukkan daging kisar yang telah dimasak tadi dan buah tomato yang telah dipotong dadu, kacau2 hingga kuahnya kering. Kalau mahu, boleh dicampur bancuhan 1 sudu teh penuh tepung jagung dengan sedikit air sesudahsos daging itu masak, supaya ia menjadi pekat. Sos daging perlulah kering/pekat supaya tidak berair bila dibakar nanti. Bila sudah masak, biarkan dalam 15-20 minit untuk sejuk sedikit.


Cara menyediakan pasta untuk dibakar:
1.     Panaskan oven pada suhu 175C sementara nak melapis pasta.

2.     Saya gunakan mangkuk Pyrex 8" X 8" untuk recipe ini.  Anda juga boleh membakar dalam tin aluminium yang bersaiz sama.  Sapukan butter atau minyak pada dasar dan dinding2 bekas.  Kemudian sendukkan separuh bancuhan pasta dgn telur dan bahan2 lain tadi ke dalam bekas.  Kemudian Masukkan inti daging tadi (saya gunakan separuh saja, sebab bila dah masak jadi banyak), dan lapiskan lagi dengan baki pasta yang ada tadi.  Kemudian tabur grated cheddar cheese dan diikuti dengan breadcrumbs dengan rata utk menutupi pasta. Pastikan breadcrumbs ditabur kemudian, bukan sebelum cheese. Tujuan menabur breadcrumbs adalah untuk mendapatkan lapisan atas yang rangup.  Setelah menabur breadcrumbs, drizzle minyak di atas.  Tak perlu terlalu banyak, gunakan sudu makan supaya mudah menuang.  Saya gunakan minyak zaitun untuk rasa yang lebih sedap...saya rasa dalam 3-4 sudu makan sudah mencukupi.

3.     Letakkan bekas yang sudah dilapis tadi di dalam loyang, dan letakkan di dalam tengah2 oven dan bakar selama 45minit.  Rotate loyang setiap 15 minit. Setelah 45 minit dibakar, tukar api oven kepada grill (maknanya bahagian atas sahaja)  untuk merangupkan lagi bahagian atas pasta dan supaya warna gelap sedikit.  Jangan sampai hangus pula ya...bakar selama 10minit lagi, tapi jenguk2lah dari masa ke semasa, takut hangus pula kerak atas pasta tu. Lain oven, lain perangainya.  Setelah selesai membakar, biarkan sejuk sedikit, barulah potong untuk dimakan. Total baking time adalah 55 minit.



No comments:

Post a Comment