Monday, February 18, 2013

Cheese & Scallion Scones

Kalau blog ni adalah buku yang tersimpan di rak, rasanya dah berhabuk blog ni.  Dah berapa lama tak share recipe di sini. Bukan tak nak atau hilang minat, tapi busy laaa.  Kebelakangan ni saya dapat satu passion baru dalam baking, dan saya dah mula menjual hasil baking tu. I'm into baking savory pies these days. Kalau nak tau pie2 yang saya bake, follow la FB saya.

Semenjak hari Sabtu yang lepas badan dah mula sakit2, hidung perit, dan penyakit pun sudah mula menyapa. So, hari ni memang sah sakit...suara pun tak nak keluar dah ni.  Jadi saya duduk sahaja di rumah untuk berehat. Oleh kerana dah banyak recipe2 yang tertunggak maka hari ini saya cuba jugalah menggagahkan diri menghadap netbook ni dan perah sket kepala otak yang memang dah berpusing2 ni. Tapi tak mengapa...demi cinta terhadapa "makan" dan "makanan", saya share juga dengan kawan2.

Recipe pertama yang nak dikongsi kali ini adalah scone.  Kalau Americans panggil "biscuit"...kalau kita biskut tu makanan yang crunchy yang kita makan cicah kopi atau teh di waktu petang. Hahaha... so, nak cerita lah... semalam nak melawan sakit2 badan, saya buat scones ni untuk dibawa ke rumah adik saya di Muar. Saya dan 2 orang adik lagi pergi ke Muar untuk melihat rumah baru seorang lagi adik saya yang tinggal di sana.  Saya kurang suka makanan yang manis2, jadi saya buat scone yang savory...dan semalam, scone yang terhasil adalah cheese & scallion scones.  Kalau kebiasaannya orang guna scone cutter untuk membuat scones ni, saya ambil cara mudah dan cepat. Gunakan saja muffin tin. Tak payah bersusah payah nak terap scone cutter tu dan melekat2 pulak lagi kat jari2 sebab adunannya agak lembik. Hasilnya sama saja.


Cheese & Scallion Scones

Dah siap...panas2 lagi ni.

Boleh disimpan ke dalam bekas yang menarik utk dibawa ke jamuan potluck

Close up look on the scone.


Bahan2:
2        cawan tepung
1 1/2  sudu teh baking powder
1/2     sudu teh baking soda
1/2     sudu teh garam
1/4     sudu teh black pepper (atau lebih, kalau suka)
1/2     sudu teh brown sugar (gula halus biasa pun boleh)
1/2     buku salted butter SEJUK (125 gm) dipotong dadu kecil
3/4     cawan buttermilk SEJUK (anggaran 190 ml)
1/2     cawan grated cheddar cheese
1/4     cawan scallion (daun bawang) yang dihiris


Cara membuatnya:

Sementara nak menggaulkan semua bahan, sapu minyak masak atau olive oil pada muffin tin supaya senang ditanggalkan bila dah masak nanti. Sapu lightly saja tau... jangan lak banyak2, nanti berminyak2 scone tu... serta panaskan oven pada suhu  180 C.

1.     Campurkan bahan2 kering - tepung, baking powder, baking soda, garam, brown sugar, black pepper dan gaulkan hingga sebati.

2.     Kemudian ramas butter sejuk yang dipotong dadu ke dalam campuran tepung (rub in method) supaya ketulan butter menjadi kecil2, (tak perlu sehingga hancur sebab adunan ni perlu dibakar semasa ia masih sejuk).  Selepas itu masukkan cheddar cheese, ramas2 sedikit ke dalam adunan dan kemudian akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.

3.     Sila basuh tangan anda, sebab anda tak perlu mengotorkannya dengan adunan yang melekat2 di jari...masukkan buttermilk dan dengan menggunakan sudu besar, gaulkan adunan hingga sebati.

4.     Perlu diingat adunan ini adalah adunan sejuk, jadi proses meramas butter ke dalam adunan tepung, memasukkan cheese dan daun bawang serta menggaulkan buttermilk ke dalam adunan hendaklah dilakukan secepat mungkin. Saya rasa paling2 lama pun 10 minit saja.

5.     Sendukkan adunan ke dalam muffin tin yang telah disapu minyak. Muffin tin ada 12 lubang, jadi bahagi2kanlah sama rata ke dalam tiap tin.  Sesudah itu terus bakar dalalm oven selama 20-25 minit sahaja.

6.     Bila dah masak, keluarkan muffin tray tu dan biar sejuk seketika, kemudian keluarkan scone dan boleh dihidang.

Nota:  Lebih enak dimakan dengan sapuan butter atau black pepper sauce atau pun mushroom sauce sewaktu ia masih panas.

No comments:

Post a Comment