Monday, October 8, 2012

Spiced Yoghurt Beef

Tengahari tadi saya rasa berselera nak makan pula. Almaklumlah dah semakin sembuh...saya malas nak type berjela2, jadi teruslah saya kongsi recipe masakan ini.


Spiced Yoghurt Beef

saya suka berkuah...kalau anda suka pekat, kurangkan sukatan air.




Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)

Daging yang telah direbus (bersama air rebusannya)
1 senduk          cili boh
1/2 sudu teh     serbuk ketumbar
1/2 sudu teh     serbuk jintan putih
1/2 sudu teh     serbuk jintan manis
2 sudu makan   plain yoghurt
2 sudu makan   sos tomato
1 sudu teh        brown sugar
6 keping          dried apricot dihiris kasar2
3 keping          halia, dihiris pula halus2
1 batang          cili hijau dihiris tebal
1 batang          cili merah dihiris tebal
 1 biji                bawang besar dihiris tebal
Sedikit garam  untuk rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Daun ketumbar untuk hiasan


Cara memasak
1.      Panaskan periuk, masukkan sedikit masak, tumis cili boh, bila sudah terbit minyak, masukkan hirisan halia, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis. Kacau2 sedikit, kemudian masukkan brown sugar, dan akhirnya masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan. Letak air sebanyak mana yang anda kehendaki menjadi kuah. Kalau suka pekat jangan letak terlalu banyak.

2.     Kacau2 lagi dan letak plain yoghurt dan sos tomato, kemudian masukkan hirisan buah apricot kering dan rasa samada perlu ditambah dengan garam atau tidak. Jika perlu ditambah gula, letak sedikit lagi brown sugar. Kacau2 supaya semua bahan sebati menjadi kuah.

3.     Biar mendidih, kemudian kecilkan api dan masukkan hirisan tebal bawang dan cili hijau serta cili merah yang dihiris tebal juga. Bila minyak sudah terbit, padam api dan ia sudah sedia untuk dihidangkan. Hias dengan daun ketumbar.

Jika anda suka pedas, tumis lebih cili boh umtuk menghasilkan lauk yang lebih pedas dan pekat. Lauk ini sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi bertumis seperti nasi minyak atau nasi tomato. Selamat mencuba, kawan2  :-)

Potato Salad

Dah seminggu saya kena flu...sekarang ni baru jer nak recover...tapi belum lagi 100%. Seminggu sakit bermakna seminggu juga lah tekak tak berselera nak makan. Minggu ini, alhamdulillah, saya rasa bertambah baik. Insya'Allah dalam beberapa hari lagi sembut lah... except for my cough yang mmg kalau dah kena, susah yang amat nak baik.  Dua malam lepas (Saturday night) waktu tengah malam pula perut saya berkeroncong minta diisi.  Tak boleh tahan kelaparan saya pun ke dapur mencari apa yang boleh dimakan dengan kadar segera.  Memang banyak la makanan yang boleh dimakan tanpa bersusah payah tapi agaknya pada malam itu tekak saya terasa nak makan sesuatu yang tangan ni buat....saya tiba2 terfikir akan potato salad.  Saya meninjau bahan2 yang boleh dijadikan dressing untuk salad kentang ni.. ternampak pula sebotol mustard yang saya beli tak berapa lama dulu yang masih belum lagi digunakan.  Saya hanya mencuba, dan tekak ni boleh terima...mana la tau kot2 you all pun suka...cuba jer la ya. Kalau tak suka, tak yah la buat lagi. Cuba recipe saya yang lain pula.


Potato Salad


Dressing masih belum diserap habis oleh kentang, sb tu nampak macam sup.












Bahan-bahannya:

4 biji    ubi kentang yang sederhana besar
2 ulas   bawang putih
sedikit garam


Salad dressing:

2 sudu makan   mustard
2 sudu makan   low fat plain yoghurt
1 sudu makan   madu
4 sudu makan   EVOO (Extra Virgin Olive Oil)
1/2 sudu teh     coarse black pepper
1/4 sudu teh     garam
1 sudu teh        brown sugar
1/4 sudu teh     cayenne pepper (dimasukkan akhir sekali)
hirisan parsley (kalau suka)

* bahan asas salad dressing ini adalah mustard dan yoghurt. Bahan2 lain boleh lah anda ubahsuai sukatannya mengikut selera anda sendiri.  Sukatan yang saya beri adalah anggaran sahaja sebab saya pun tak ingat sangat sukatan sebenar.  So kalau suka manis, tambah madu atau sugar brown, kalau suka masam tambah perahan lemon.



Cara memasak:

1.     Potong dadu kentang dalam size yang mudah dimakan dan cepat masak, ketuk bawang putih; masukkan semuanya ke dalam periuk, masukkan air dan rebus kentang sehingga empuk. Toskan.

2.     Campurkan bahan2 dressing dalam sebuah mangkuk dan curah ke atas kentang yang telah direbus dan ditoskan serta gaulkan ketika kentang rebus sedang panas.

3.     Taburkan sedikit cayenne pepper dan hirisan daun parsley di atas salad kentang dan sedia untuk dihidangkan.